5 Langkah Memulakan Pelaburan Sendiri

Menurut pelabur tersohor, Warren Buffett, pelaburan adalah aktiviti menangguhkan untuk berbelanja hari ini supaya kita dapat berbelanja lebih pada masa hadapan.

RM1 yang kita ada hari ini kita boleh gunakan dalam 3 cara. (1) Guna buat buat belanja (2) simpan di bank (3) dilaburkan.

Kita melabur dengan duit lebih. Duit yang tidak digunakan untuk berbelanja. Sekiranya kita melabur tetapi keperluan asas masih belum lepas, itu tandanya kita sudah tersilap langkah. Jadi, kepada yang ada lebihan duit, maka kita tinggal dua pilihan sahaja.

Letak di bank begitu sahaja, atau, laburkan. Maka bagi yang telah buat keputusan untuk melabur, berikut ialah 5 langkah memulakan pelaburan sendiri.

Langkah #1 Sasaran Pelaburan

Tetapkan halatuju pelabur. Bukan sekadar sebut – saya melabur sebab saya nak buat duit. Sebabnya tidak ada siapa yang nak melabur dan mahu hilang duit. Apa yang dimaksudkan ialah sekiranya ada modal 100 ribu ringgit, nak untung berapa banyak dan bila nak pakai duit tu semula.

Lazimnya sasaran pelaburan pertama ialah membuat tabungan persaraan. Supaya nanti bila sampai masa untuk berhenti kerja, dapat mempunyai duit yang cukup di tangan.

Buatlah pengiraan berapakah anggaran nilai tabung yang perlu ada pada masa depan.

Langkah #2 Kajian Pelaburan

Ramai orang bertanya soalan – apakah pelaburan yang terbaik sekarang?

Soalan yang lebih tepat ialah – apakah pelaburan yang sesuai untuk saya?

Ramai orang menyangka pelaburan yang memberikan pulangan paling tinggi pada ketika itu ialah pelaburan yang terbaik. Ini adalah tidak tepat. Hal ini adalah disebabkan setiap dari kita mempunyai toleransi risiko yang berbeza-beza.

High risk, high return.
Low risk, low return.

Ini adalah perkara asas yang perlu difahami dengan baik. Bagi membolehkan kita mendapat untung yang tinggi, maka kita perlu bersedia mengambil risiko yang lebih. Sekiranya kita tidak dapat melihat nilai pelaburan kita jatuh untuk sementara waktu, maka kita tidak wajar melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi walaupun mempunyai potensi untung yang tinggi.

Maka di sini lah pentingnya kita membuat kajian pelaburan yang teliti, berdasarkan data dan bukannya ikut cakap orang. Bila buat untung memang orang bercerita, tetapi masa rugi ramai yang senyap. Selalunya bila orang dah tunjuk untung yang besar, waktu itu sudah terlambat. Cari pelaburan yang lain.

Langkah #3 Merangka Polisi Pelaburan

Have a strategic asset allocation mix that assumes you don’t know what the future holds – Ray Dalio

Secara mudah, polisi pelaburan adalah tentang berapa banyak kita nak melabur dalam sesuatu jenis aset:

  • X% tunai
  • Y% aset berpendapatan tetap
  • Z% ekuiti / saham

Asset allocation.

Polisi pelaburan ini perlu seimbang antara objektif pelaburan dan toleransi risiko. Jika terlalu play safe, berkemungkinan sasaran pelaburan tidak tercapai. Jika terlalu berani, takut habis modal kesemuanya. Susah juga begitu.

Langkah #4 Perlaksanaan

Kita perlu membuat 3 pilihan.

  1. Buat semuanya sendiri.
  2. Buat dengan bantuan penasihat pelaburan yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti.
  3. Buat dengan bantuan penasihat robo.

Ya, zaman sekarang sudah ada pilihan 3. Robo-advisor. Kos pengurusan pelaburan dengan robo-advisor adalah lebih murah berbanding dengan menggunakan human advisor. Kekurangannya ialah kita tidak boleh berbual-bual dengan robot.

Langkah #5 Pantau dan reviu

Melabur ni macam berkebun, atau, tanam pokok buah. Hari ni baru letak biji benih, takkan esok dah berbuah pula.

Dalam satu kebun itu, ada pokok yang berbuah dulu, ada yang berbuah kemudian. Malah ada pokok yang rosak dan perlu diganti dengan pokok yang lain. Kena ada masa untuk membaja, meracun dan membersihkan persekitaran kebun.

Pelaburan bukanlah satu garisan lurus. Pelaburan lebih kepada perjalanan roller-coaster. Ada masa naik dan turunnya. Perjalanan pelaburan itu kita hanya dapat kata tamat apabila sudah sampai ke destinasi iaitu objektif pelaburan yang telah ditetapkan pada awal tadi.

Selagi masih belum sampai, maka selagi itu kita perlu sentiasa memastikan “kenderaan pelaburan” kita itu masih selamat dan sesuai untuk membawa kita sampai ke tempat yang kita nak pergi.

 
——-
Webinar Saham PERCUMA
Klik & daftar di sini – pakdi.net/saham101

——-
Webinar Labur Saham secara FA
Klik & beli tiket di sini – pakdi.net/go

——-
Belajar FCPO
Klik & beli di sini – ebook Berani Tade