Hari ini pelaburan unit trust dapat dibuat secara online. Pelabur dapat memilih untuk melabur tanpa menggunakan khidmat unit trust consultant. Antara platform online yang ada ialah:
(1) eUnittrust
(2) FSMOne
Apakah kelebihan membuka akaun pelaburan unit trust menerusi platform online ini?
(1) Pelbagai dana dari pelbagai syarikat. Pelabur dapat memilih untuk membeli dana unit trust dari pelbagai syarikat. Maka tidak perlu lagi mempunyai pelbagai akaun dari pelbagai syarikat yang berbeza.
Lebih mudah untuk menguruskannya apabila dalam satu platform boleh nampak begini:
- Unit trust A dari syarikat X
- Unit trust B dari syarikat Y
- Unit trust C dari syarikat Z
(2) Sales charge adalah lebih murah kerana tidak ada lagi keperluan menggunakan ejen pemasaran i.e. unit trust consultant. Dan pada ketika tertentu, platform-platform ini menawarkan promosi yang merendahkan lagi sales charge.
(3) Fund recommendation disediakan untuk pelabur membuat informed decision. Selepas selesai urusan pembukaan akaun, maka sudah tentu pelabur nak tahu beli unit trust yang mana. Maka di sini platform-platform berkenaan telah membantu pelabur dengan menyediakan recommendation untuk bermula.
Dari situ, pelabur dapat terus membaca maklumat tentang recommended funds melalui dokumen seperti (i) prospectus (ii) semi annual / annual report (iii) product highlight sheet (iv) fund factsheet.
Melalui dokumen-dokumen tersebut pelabur dapat mengetahui banyak perkara tentang sesuatu unit trust. Antaranya strategi pelaburan, di manakah pelaburan dibuat, rekod prestasi pelaburan lepas, kos jual beli fund tersebut dan juga siapakah yang sesuai untuk membeli sesuatu fund.
Malah selepas itu, pelabur juga dapat hadir ke webinar-webinar pelaburan yang disediakan secara percuma.
Sila klik salah satu dari link berikut untuk mula melabur unit trust secara online:
(1) eUnittrust
(2) FSMOne