Memilih Pelaburan Yang Sesuai

Melabur __________ tak salah.

Tapi selalunya kita melabur dalam ________ yang salah.

Sila isi tempat kosong dengan jenis aset yang anda sedang laburkan sekarang.

1. Invest in yourself first

Benjamin Graham dan David Dodd, penulis buku Security Analysis dan juga profesor pelaburan Universiti Columbia menyatakan:

“The investor should not be his sole consultant unless he has training and experience sufficient to qualify him to advise others profesionally.”

Graham & Dodd adalah sifu kepada Warren Buffett.

Apa yang kita dapat fahami ialah untuk menjadi pelabur do-it-yourself (DIY) yang bijak maka seseorang itu perlu mempunyai ilmu dan pengalaman.

Hari ini dah banyak seminar pelaburan dianjurkan. Buku pasal melabur pun pelbagai. Maka hadirlah seminar tersebut. Beli buku pasal kewangan banyak-banyak. Jika, ada yang buat sesi coaching, beli masa beliau dan belajar one-on-one.

Bila dah ada ilmu maka kita tak akan jadi pelabur bodoh yang cuma tahu ‘melabur’ dengan gaya seorang kaki judi.

Tahu apa maksud annualized return.
Pandai baca annual report.
Faham tengok prospectus, fact sheet.
Bijak kira cost of financing.
Reti bezakan pelaburan berlesen dengan scam.

Maka buatlah tabung ilmu

Jangan jadi cheapskate. Semua benda nak free. Kau ingat berkat dapat ilmu dari sumber cetak rompak?

Ilmu perlu dicari. Dah dapat ilmu kena amalkan. Barulah ilmu tadi dapat berkembang secara exponential. Seterusnya dapat menjadi pelabur yang tahu memilih aset pelaburan yang betul. Dan giliran modal kita pula berkembang secara exponential.

2. ‘Sewa’ otak orang lain

Secara mudahnya ada dua kategori individu berlesen.

Satu. Individu yang mewakili syarikat pelaburan dan menjual kepada kita produk-produk pelaburan.

Bila sebut ejen ni, ramai menyampah sebab terlalu push product. Tapi mereka ada lesen tersendiri dan bukan scam, cuma mungkin ada yang tak cukup ilmu lagi nak advise klien dengan betul.

Iyalah, sebab jadi ejen dengan niat nak buat income part-time dan bukannya sebab dah ada ilmu nak tolong orang melabur.

Biasalah, sebab sebahagian ejen yang tak nak upgrade ilmu dan cuma mahu kejar sales, maka ejen yang bagus pun kena tempias sekali.

Dua. Individu yang dapat mewakili kita untuk memilih produk-produk pelaburan.

Mereka ini mempunya platform yang bersesuaian untuk tolong carikan kita produk pelaburan pasaran modal yang ada. Individu ini dikenali sebagai perancang kewangan berlesen (licensed financial planner).

Nak jadi perancang kewangan berlesen ni lebih ketat saringannya berbanding ejen. Ada syarat minima yang perlu lepas. Dah ada lesen, tiap tahun kena pergi kelas untuk upgrade pasal perkembangan pelaburan semasa.

Maka sewalah otak mereka.

Mereka lah nanti yang baca prospectus, fund fact sheet, annual report, analyst report, dengar market outlook, construct portfolio, monitor investment yang dah buat, rebalancing dan 1001 lagi kerja sebegitu.

Seterusnya lesen perancang kewangan ini tak terhad kepada satu jenis produk sahaja, maka mereka dapat membantu tuan puan menjawab soalan-soalan seperti berikut dan seterusnya mencadangkan pelaburan yang sesuai.

Untuk mengetahui siapa yang ada lesen dan siapa yang tidak ada lesen sebagai perancang kewangan, maka mulakan dengan membuat carian secara online menerusi laman web SC berikut:

>> Carian Licensed Financial Intermediaries

Mana yang bagus, melabur sendiri atau sewa otak perancang kewangan berlesen?

Jadi pelabur DIY perlu sanggup invest in yourself dahulu.

Pergi kelas, seminar, beli buku, hadir coaching. Dan selepas itu masih ada modal untuk melabur. Pergi belajar je tapi tak melabur pun sia-sia juga.

Dan kena faham juga lepas dah hadir kelas bukan terus bertukar jadi hebat. Proses tu ambil masa dan perlu ada komitmen yang tinggi. Bukan terus boleh goyang kaki.

Manakala nak sewa otak perancang kewangan berlesen pula perlu bayar untuk buat investment plan, investment policy statement dan ada kos annual advisory fee.

Masa dapat dijimatkan dengan cara ini.

Maka, apa pilihan kalian… nak jimat duit atau jimat masa?


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: