7 Langkah Memulakan Pelaburan Saham Untuk Pelabur Baru

Sebelum masuk mana-mana kelas saham, buka akaun dahulu. Dah ada akaun beli lah 2,3 kaunter saham dulu. Dah beli barulah masuk kelas. Baru seronok belajar saham.

1. Buka akaun

Terus buka CDS / trading account dengan mana-mana syarikat broker atau bank pelaburan. Kos buka akaun ini RM10 sahaja. Nak buka akaun? Sila ke link ini dan klik ‘Open A Trading Account’ untuk bermula. Nanti pihak broker akan hubungi kalian semula:

Klik sini: BursaMarketPlace

2. Masukkan modal

Berapa kos beli saham? Modal 500 ringgit pun dah boleh beli saham. Tapi tak berbaloi. Baca sini untuk keterangan lebih: Kos Jual Beli Saham

Jadi nak letak modal berapa banyak? Gunakan modal yang mana kalau rugi 100% sekali pun tuan puan masih cool. Sebab ini baru bertujuan nak belajar kenal pasaran saham dulu.

3. Belajar guna trading platform

Belajar lah guna online trading platform tu. How to buy, how to sell. Perkara-perkara teknikal semacam itu. Perkara ni tak payah lah pergi kelas sampai kena bayar beratus-ratus. Kau belanja je lah remisier tu makan sambil belajar perkara teknikal ni.

4. Beli je apa-apa saham

Terus beli 2,3 syarikat dulu. Hentam sahaja dulu beli saham apa. Sebab ini untuk tujuan belajar. Kalau ini pun tak berani nak buat susah lah.

Itu sahaja ilmu ‘pelaburan’ yang tuan perlu tahu… setakat ini.

Kita membuat pelaburan pertama dalam keadaan kita masih bodoh dalam logik pelabur saham. Pembelian-pembelian tersebut memang DIJAMIN rugi. Tak perlu takut dengan kesilapan. Tak buat silap, tidak akan jadi pandai.

5. Dah beli saham, baru masuk kelas saham

Dah buat step #4, baru pergi kelas dan belajar. Ikutlah nak baca buku sahaja ke, pergi kelas ke, coaching saham ke. Mana-mana. Asalkan cikgu saham tu bukan kaki penipu yang claim boleh buat untung hari-hari.

Ni nak promosi sikit, kalau nak belajar cara beli saham gaya pelabur, sila mula baca – Nota Labur Saham Untuk Pelabur Baru

6. Reviu semua portfolio saham

Lepas dah pergi kelas dah ada ilmu. Kemudian belajar dari kesilapan masa beli saham pada langkah #4. Sebab pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup. Kenapa waktu belum ada ilmu kita beli saham tu dan bila dah ada ilmu kita takkan beli saham yang sama?

7. Masih blur… ?

Buka akaun dah, beli saham dah, masuk kelas pun sudah. Masih tak boleh lagi nak urus pelaburan saham sendiri? Siapa yang bermodal kecil, dapat masuk unit trust kategori ekuiti. Manakala yang ada modal besar (paling kurang 6 angka) dapat lantik fund manager berlesen melalui akaun mandat persendirian.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: