Jangan Buat 5 Kesilapan Biasa Pelabur Unit Trust Berikut

Pelaburan unit trust adalah salah satu pelaburan berlesen yang ada di Malaysia. Unit trust adalah pelaburan yang popular. Kepada yang ada akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebenarnya dia telah pun melabur dalam unit trust.

Namun unit trust sama seperti apa-apa pelaburan yang lain, tak ada sebarang magic. Pim pim pom! Terus untung.

Memandangkan pelaburan adalah cerita tentang masa depan, kita tidak dapat tahu dengan pasti adakah pelaburan unit trust itu pasti untung atau tidak. Namun dengan mengelakkan dari buat 5 kesilapan ini, kita dapat urus risiko pelaburan dengan lebih baik seterusnya menambah kebarangkalian untuk untung.

1) Beli unit trust yang laku keras macam pisang goreng panas. Ini berlaku disebabkan pemasaran yang dibuat melalui brosur, flyers seperti – “Fund kami beri return 47% pada tahun lepas!

Beli fund tersebut tidak salah. Apa yang tidak betul ialah kita beli fund tersebut semata-mata fund tadi dah buat untung pada tahun lepas. Dan kita ada persepsi yang fund tadi pasti mengulangi keuntungan macam itu juga pada tahun-tahun akan datang.

Ini tandanya kita TAK BACA disclaimer berikut yang ditulis dalam dokumen-dokumen rasmi yang disediakan.

“Past performance is no guarantee of future results.

Dan ayat yang sama waktu dengannya.

2) Jual sebab harga unit trust jatuh. Tidak ada orang yang nak pelaburan dia rugi. Dan apa yang kita perlu faham dalam apa-apa pelaburan, turun naik harga itu adalah perkara yang normal.

Waktu pasaran menaik (bull market), harga memang akan naik cepat. Waktu pasaran jatuh (bear market), harga pasti jatuh dengan cepat. Dalam dunia yang sempurna, kita pasti nak beli pada harga paling rendah dan jual semula pada harga paling tinggi. Malangnya, dunia tersebut tidak wujud.

Jadi kita kena faham, bersedia dengan fenomena turun naik harga ini. Kalau kita “takut” sebab harga jatuh dan terus nak jual maka barangkali sebab …

3) Beli unit trust yang tak sesuai dengan diri sendiri. Secara umumnya menurut turutan risiko dari yang paling agresif adalah seperti ini:

  1. Global stocks (ekuiti)
  2. Medium to small-cap (ekuiti)
  3. Blue chip (ekuiti)
  4. Fixed income (bond / sukuk)
  5. Money market

Ingat kata-kata yang ramai orang sebut ni:

“High risk, high (potential) return.”

Unit trust kategori yang fokus beli saham medium to small-cap ini selalunya yang disebut sebagai fund yang mempunyai higher risk berbanding fund yang beli bond / sukuk. Jadi, kalau untung pun fund dalam kategori ini yang dapat bagi return paling banyak. Dan kalau rugi pun selalunya inilah kategori fund yang bagi rugi paling besar. Fair tak?

Kalau kita bukan pelabur agresif, sebenarnya kita tak sesuai beli fund yang macam itu. Sebab tu tak sanggup tengok ‘kerugian’ yang sedang berlaku.

Masa berbincang, fokus kepada berapa yang kita sanggup rugi dulu dan bukan nak nak kejar untung aje. Sanggup rugi cuma 5% tapi berharap dapat return 30% ?

Berbincang… eh bincang dengan siapa? Baca seterusnya.

4) Tak tahu pilihan ‘advisor yang ada. Tepuk dada tanya ilmu. Untuk pelabur yang dah power, maka barangkali dia sesuai beli unit trust secara online. Tak payah guna ejen. Pelabur ini dikenali sebagai pelabur DIY (Do-It-Yourself). Tapi jika perlukan seseorang untuk membantu maka ini pilihan-pilihan yang ada:

  • Unit trust consultant (UTC). Ada kira-kira 60,000 UTC di Malaysia. Majoriti besar UTC mewakili syarikat secara spesifik untuk memasarkan produk unit trust mereka kepada bakal pelabur. Oleh sebab ejen ini sangat ramai dan aktif maka ramai pelabur unit trust cuma terdedah untuk melabur melalui ejen sahaja.
  • Menerusi Licensed Financial Planner (LFP). Ketika artikel ini ditulis jumlah tak sampai 1,000 orang. LFP dapat mewakili klien untuk mencari pelaburan unit trust tanpa perlu terikat dengan mana-mana syarikat atau dana secara ekslusif. Seorang LPF mesti berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan tidak boleh hanya sekadar ada sijil profesional macam Certified Financial Planner (CFP), Islamic Financial Planner (IFP), Registerd Financial Planner (RFP), Shariah RFP atau Chartered Financial Consultant (ChFC). 
  • Menerusi asset management companies. Fund manager uruskan portfolio pelaburan unit trust pelabur. Nak jadi fund manager ni bukan senang. Kebiasaannya mereka yang jadi fund manager ini memang ada ijazah dalam bidang berkaitan kewangan (jadi mereka memang benar-benar minat bidang ni) dan ada exam khas yang wajib lulus menerusi Suruhanjaya Sekuriti.

5) Tak ada investment plan. Sebelum melabur pelabur perlu buat asset allocation dan selepas melabur kena buat rebalancing. Perlu tahu required rate of return. Kena konsisten melabur.

Pelabur DIY kena ambil tahu benda-benda ni. Kena tambah ilmu pelaburan. Baru boleh jadi your own investment advisor.

Baca: Membuat pelaburan unit trust secara bersistematik


Baca Nota Pakdi menerusi emel: