Labur Saham Tanpa Tunai

Boleh je nak melabur saham tak guna duit tunai dalam bank. Tapi kita guna duit dalam KWSP untuk labur saham. Melalui skim pelaburan ahli.

Alah, kalau pernah keluarkan duit KWSP masuk unit trust, macam tulah.

Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

Skim Pelaburan Ahli KWSP

Ya, apabila nak beli saham tanpa tunai maka gunakanlah pilihan melabur secara mandat persendirian (private mandate).

Berapa Banyak Modal Yang Diperlukan?

Nak mula beli saham dengan duit KWSP ni perlukan modal yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya dapat withdraw antara 30 – 50 ribu sebagai permulaan.

Kita dapat tengok sendiri secara berapakah kelayakan pengeluaran skim pelaburan ahli melalui aplikasi telefon pintar dan juga secara online. Kalau dapat withdraw lebih dari 30 ribu maka dah layak lah tu.

Boleh Beli Saham Apa?

Pada ketika nota ini disediakan, kita tak boleh tentukan sendiri saham apa nak beli. Saham apa nak beli itu ditentukan oleh fund manager yang berlesen.

Ini kerana apabila melibatkan duit dalam KWSP, maka pelbagai syarat yang ketat perlu dipatuhi. Kalau biar pelabur tentukan sendiri saham apa nak beli, takut-takut habis semua duit macam tu sahaja.

Sebagai pelabur dapat bermula dengan perancangan pelaburan. Iaitu menentukan kesesuaian untuk memilih mandat yang melabur dalam portfolio:

  • Mid-Small Cap
  • Bluechip
  • Exchange Traded Fund (ETF)

Untung Tak?

Tak ada jaminan untung.

Berikut ialah apa yang terkandung dalam maklumat Skim Pelaburan Ahli.

Skim Pelaburan ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Seterusnya:

Ahli bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat dan KWSP tidak akan bertanggungjawabke atas sebarang kerugian.

Dalam erti kata lain, apabila nak buat pengeluaran skim pelaburan ahli kena faham ini adalah long term investment. Sebab ini adalah sebahagian dari usaha untuk tambah nak meningkatkan simpanan persaraan sehinggalah KWSP melepaskan kawalan ke atas pelaburan ahli pada usia 55 tahun.

Pelaburan saham untuk jangka masa pendek memang volatile. Maka untuk tempoh yang pendek susah nak jangka pulangan pasaran saham ni. Namun, untuk jangka masa panjang pelaburan saham dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi dari pelaburan fixed income seperti bon dan suku.

Sekiranya tuan puan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila hubungi saya melalui borang di bawah:


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: