Kesilapan-kesilapan Biasa Seorang Pelabur Saham Dan Cara Mengatasinya

Kita melabur saham sebab nak buat duit.

Tak ada orang melabur untuk buat rugi.

Namun adatlah dalam dunia pelaburan, semua orang ada buat buat silap dan merasa kerugian. Cuma jika asyik rugi sahaja, maka sudah tentu ada yang tidak kena. Jadi, apakah antara punca-puncanya dan apa yang kita dapat buat untuk mengatasinya?

Beli sebab harga murah. Ramai yang tak mahu beli saham yang dijual lebih dari harga seringgit. Katanya bila saham sen-sen, lebih murah dan unit yang dikumpul adalah lebih banyak. Ini adalah tidak betul.

Mereka berpendapat, dengan modal 500 ringgit:

  • Saham harga 10 sen, dapat 5,000 unit saham.
  • Saham harga 5 ringgit, cuma dapat beli 100 unit saham.

Kemudian, saham 10 sen “senang” jadi 20 sen. Tapi saham 5 ringgit “susah” jadi 10 ringgit. Hakikatnya tidak begitu. Keuntungan saham tak diukur sama ada unit banyak atau unit sikit. Apa yang penting ialah nilai pelaburan kita. Malah, saham 5 ringgit pun dapat jadi 10 ringgit dan saham 10 sen pun dapat jadi 5 sen.

  • 5,000 unit saham pada harga 10 sen sesaham, modalnya 500 ringgit.
  • 100 unit saham pada harga 5 ringgit sesaham, modalnya pun masih 500 ringgit.

Jadi, tak ada beza pun beli saham 10 sen atau 5 ringgit.

  • Untung 50% nilai pelaburan keduanya tetap jadi 750 ringgit.
  • Rugi 50% nilai pelaburan keduanya tetap jadi 250 ringgit.

Sepatutnya kita beli saham di bawah nilai. Tak kisah lah sama ada harganya 10 sen atau 10 ringgit.

Beli lepas umum dividen. Kemudian jual balik lepas dapat dividen. Nampak macam smart strategy malangnya hakikatnya tidak. Ini kerana dividen bukan turun dari langit sebaliknya dari poket syarikat tu sendiri.

Bila syarikat buat untung, maka apa yang pengurusan perlu fikirkan ialah sama ada nak pulangkan semula kepada pemegang saham, simpan untung untuk kembangkan lagi syarikat atau buat kedua-duanya sekali. Apa-apa keputusan, memberi impak kepada harga saham.

Secara umumnya, harga saham jatuh ikut berapa banyak dividen yang diberi. Kalau umum dividen dapat 5 sen, harga saham akan ikut jatuh 5 sen. Ini kerana nilai saham dah berkurangan sebab dah bayar dividen. Jadi harga saham pun ikut sama.

Beli saham bertujuan nak kumpul dividen untuk jangka masa panjang memang menguntungkan tetapi bukannya kejar dividen dan nak jual balik dalam jangka masa pendek.

Contra. Kalau tak tahu contra tu apa, tak payah buat. Simple.

Contra ni ialah beli beli dan jual dalam tempoh trading day (T+0) hingga hari ketiga (T+2). Contohnya, beli hari Isnin (T+0) dan jual pada bila-bila masa pada atau sebelum hari Rabu (T+2). Asal beli kemudian jual balik dalam tempoh tu, nama dia contra.

Memang hari-hari ada saham yang harga dia naik. Tapi ada lebih 900 saham yang dijual dekat Bursa Malaysia sana tu. Saham yang mana satu yang nak naik harga dengan cepat dalam tempoh 3 hari?

Itulah masalah dia. Kita tak dapat tahu in advance saham apa yang nak naik dalam tempoh contra. Saham tu mungkin bagus. Saham tu mungkin boleh naik. Tapi bukan dalam tempoh 3 hari.

Lepas tu disebabkan contra ni tak perlu ada cash, ramai yang beli lebih dari kemampuan. Nak kejar untung cepat, dan banyak tetapi tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Ini kerana pada hari ketiga (T+2) siapa-siapa yang buat contra kena forced selling. Lebih ramai rugi dari untung.

Orang teruja nak contra sebab tak perlu tunai di tangan. Sedangkan, labur saham ni kena ada modal, bukan sebab nak berjudi.

Kejar harga. Sebagai pelabur kita memang suka ikut orang. Jadi, bila sesuatu saham tu tengah popular dan harganya tengah mencanak-canak naik, pada waktu itulah kita pun baru sibuk nak membeli.

Harga saham dari 50 sen dah naik 75 sen. Kemudian naik jadi 90 sen. Pada waktu itulah kita pun baru rasa nak beli. Dengan harapan dapat jual pada harga seringgit. Inilah yang dinamakan buy high and sell higher. Dan inilah juga cara beli saham yang selalu buat orang rugi.

Harga saham untuk syarikat yang baik, maka akan naik dan terus naik untuk jangka masa panjang. Namun untuk jangka masa pendek, harganya turun dan naik.

Maka melaburlah untuk jangka masa panjang dan bukannya cuba nak buat quick profit dalam masa yang singkat.

Jual sebab harga saham jatuh. Kita beli saham sebab sesuatu syarikat tu bagus. Benda bagus bila jatuh harga maksudnya masa untuk memborong. Sebab tu ramai orang orang berbondong-bondong pergi Johor Premium Outlets (JPO), Genting Premium Outlets dan yang sewaktu dengannya sebab banyak barang baik yang kalau di Kuala Lumpur harganya mahal tapi di premis berkenaan diskaun sampai 50 peratus.

Sepatutnya bila kita dah buat penilaian (valuation) sesuatu saham, maka kita dah tahu anggaran nilai. Kemudian harga jatuh. Ketika itu buatlah pembelian lagi. Bukannya jual saham tu.

Maka, belajarlah ilmu valuation saham yang membolehkan kita menganggarkan nilai sesuatu saham. Dah ada ilmu tu, walaupun harga saham kita jatuh kita masih dapat senyum dan terus sahaja membuat pembelian macam biasa.

Apa Nak Buat Bila Dah Rugi?

Pelaburan saham memang dapat menghasilkan pulangan yang lumayan. Namun bukan semua orang patut menguruskan pelaburan saham sendiri. Ini yang disebut oleh Warren Buffett, pelabur lagenda:

You shouldn’t own common stocks if a 50% decrease in their value in a short period of time would cause you acute distress.

Keuntungan berkadar langsung dengan ilmu dan kemahiran pelaburan. Maka sudah tentu nasihat yang cliche ialah tambah ilmu. Masalahnya, duit dah banyak habis masuk kelas saham tapi masih tak boleh buat untung.

Oleh itu saya cadangkan buat 2 perkara:

Melabur dalam ETF. Ini adalah passive investment strategy. Melalui strategi ini, kita tak perlu susah-susah nak buat kajian saham tetapi lebih fokus kepada asset allocation. Maka, labur dalam ETF secara konsisten.

Sekarang kita dah boleh beli ETF luar negara bila banyak syarikat broker menawarkan cross-border account. Robo-advisor adalah antara yang menggunakan ETF secara meluas.

Engage khidmat penasihat pelaburan berlesen. Ini bagi bagi mereka yang nak terus menggunakan active investment strategy pula, sama ada menerusi licensed fund manager yang menawarkan akaun mandat persendirian (private mandate) atau licensed financial planner with expanded scope yang dapat memberikan nasihat pasal saham.