Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, tawaran rumah baru adalah 100,000 unit setahun; di seluruh Malaysia.
Manakala, PEMANDU menjangkakan untuk kawasan Greater KL sahaja pertambahan penduduk adalah sebanyak 4 juta orang pada 2020. Pada 2010, kawasan ini sahaja sudah mempunyai 6 juta penduduk.
Seandainya 1 keluarga di Greater KL mempunyai 5 orang, maka sekurang-kurangnya 800,000 unit rumah perlu ada menjelang 2020. Itu tidak termasuk di kawasan lain di seluruh Malaysia.
Maka satu fundamental change perlu berlaku untuk membolehkan supply side dapat cepat membina rumah.
Sesuatu projek pembangunan hartanah di Malaysia perlu melalui lebih dari 50 akta & peraturan. Peraturan ini merangkumi proses-proses dalam fasa berikut:
- Perancangan (pre-development)
- Pembinaan (construction)
- Pasca pembiaan (post construction)
Di Selangor misalnya, ada kira-kira 14 jabatan teknikal yang terlibat hanya untuk mengemukakan plan pembangunan.
Untuk fasa pre-development sahaja dapat memakan masa 3 tahun sebelum sesuatu projek dapat dilancarkan. Seterusnya tempoh 24 bulan untuk menyiapkan sesuatu projek. Maka untuk sesuatu projek perumahan siap misalnya, dapat memakan masa sekurang-kurangnya 5 tahun!
Ramai pihak mencadangkan agar kerajaan mengawal harga rumah (campur tangan) untuk menurunkan harga rumah. Pihak pemaju, tidak kurang juga para pelabur hartanah dipersalahkan kerana menyebabkan harga naik.
Sedangkan kerajaan adalah punca utama harga rumah naik. Tindakan mengawal harga rumah akan menyebabkan situasi semakin teruk.
Apa yang utama adalah rakyat perlu mendesak supaya campur tangan kerajaan dikurangkan, sama ada peraturan di bawah kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Ini juga termasuklah dengan tidak mengawal harga-harga bahan mentah yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu projek perumahan.
Situasi ini bertambah teruk apabila bertembung dengan polisi easy credit yang ditawarkan oleh institusi perbankan. Sebelum polisi baru yang diperkenalkan, pembeli rumah dapat berhutang sehingga 40 – 45 tahun dan membuat pembiayaan peribadi sehingga 20-25 tahun. Ini menyebabkan pasaran hartanah mengalami demand shock seterusnya menaikkan harga rumah dengan lebih banyak.
Apabila supply kurang, demand banyak harga naik.
Apabila supply banyak, demand kurang harga turun.
Ini adalah ekonomi 101.