Membuat kajian saham

Selepas membuka akaun dagangan saham, maka sudah tentu soalan pertama yang muncul dari mulut kita ialah nak beli saham apa? Maklumlah, kita ada sampai 977 sekuriti (sehingga 30 April 2021) yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Jadi langkah seterusnya ialah membuat kajian, analisa tentang sesuatu saham. Ada dua pendekatan yang lazimnya dibuat. 1) Analisis teknikal 2) analisis fundamental.

(1) Analisis teknikal ialah kaedah untuk predict future price movement sesuatu saham dengan melihat market actionprice, volume dan open interest melalui penggunan carta. Malah sebenarnya aplikasi analisis teknikal ini dapat digunakan dalam mana-mana pasaran kewangan dan komoditi yang lain dan tidak terhad dengan pasaran saham sahaja.

Secara asas ada tiga perkara disebalik analisis teknikal. 1) Market action discounts everything 2) price move in trends dan 3) history repeats itself.

(a) Market discounts eveything. Pengamal kaedah ini percaya semua maklumat – fundamental, politik, psikologi dan lain-lain – semuanya dapat ditunjukkan melalui harga. Jika ramai orang nak beli dari yang menjual, harga naik. Jika lebih ramai yang menjual dari yang membeli, harga turun. Apa yang kita fikir tentang sesuatu saham kepada ketika itu bukan perkara yang paling penting. Tetapi apa yang harga sedang tunjukkan maka itulah yang menjadi asas kepada tindakan pelabur. Everything that affects market price is reflected in market price.

(b) Price move in trends. Uptrend. Downtrend. Sideways. Kenal pasti trend utama terlebih dahulu. Jangan lawan trend kerana kita perlu menganggap trend itu akan berterusan sehinggalah harga ada beri petunjuk yang akan berlaku trend reversal. Jika tersilap, mengaku salah – cut loss.

(c) History repeats itself. Sejarah sentiasa berulang. Sebab itu dalam disiplin analisis teknikal ada ilmu seperti chart pattern. Tidak lain dan tidak bukan ini menunjukkan human pyschology itu sendiri. Maka dengan memahami chart pattern, pelabur dapat melihat arah tuju sesuatu saham.

Lazimnya mereka yang menggunakan analisis teknikal membeli sesuatu saham itu untuk jangka masa pendek. Ini kerana carta yang mereka gunakan, dengan teknologi yang ada membolehkan chart dengan time frame sependek 1 minit digunakan sehinggalah daily atau weekly chart.

(2) Analisis Fundamental bermula dengan kembali kepada asas iaitu saham ialah ownership claim dalam sesebuah perniagaan. Oleh sebab itu, pemilik saham berhak menerima dividen dari keuntungan syarikat, hadir ke mesyuarat agung tahunan dan semasa menjual sesuatu saham berpotensi untuk mendapat untung dan rugi dari perolehan modal.

Maka analisis fundamental ialah kaedah membuat kajian saham dengan mengkaji penyata kewangan syarikat itu sendiri, atau, memulakan kajian dengan melihat faktor makro ekonomi seperti pergerakan harga komoditi, kadar faedah, politik sebelum memilih untuk menganalisa saham dalam sesebuah sektor yang berpotensi.

Analisis fundamental secara mudah melihat 3 perkara, keuntungan (profitability), kecekapan pengurusan (efficiency) dan struktur modal (capital structure).

(a) Keuntungan bermaksud kadar keuntungan yang dimampu dijana oleh syarikat dan sejauh mana syarikat mampu mengekalkan keuntungan tersebut. Ini kerana lanskap perniagaan dapat berubah dari masa ke masa. Industri yang satu masa dulu sangat menguntungkan seperti automatif telah pun diganti dengan industri teknologi misalnya.

(b) Kecekapan pengurusan pula ialah tentang bagaimana syarikat menguruskan jualan, inventori dan pengurusan kredit atau modal kerja mereka. Sudah tentu syarikat yang pandai menguruskan inventori dengan cekap dapat menjana jualan dengan lebih cepat.

(c) Struktur modal pula kita melihat sama ada syarikat banyak berhutang atau pun tidak. Secara mudahnya, syarikat yang kurang berhutang adalah syarikat yang dapat meneruskan kelangsungan mereka khususnya ketika zaman ekonomi gawat.

Setelah menganalisa sesuatu perniagaan barulah pelabur membuat penilaian (valuation) sesebuah syarikat. Adakah saham yang dijual di pasaran sekarang overvalued, undervalued atau fairly valued.

Oleh kerana penyata kewangan syarikat yang diaudit dikeluarkan setahun sekali, maka lazimnya pelabur yang menggunakan kaedah analisis fundamental melabur dalam tempoh yang lebih panjang.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: