Jual Beli Pesanan Murabahah

Assalammualaikum Pakdi,

Ada sedikit persoalan harap Pakdi dapat tolong jelaskan.

Apakah hukum jual beli berikut:

Si A nak beli sebuah peti sejuk bernilai RM 1,000 tetapi tidak ada wang untuk beli cash.

Si B yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan kemudiannya atas permintaan A membeli peti sejuk tersebut secara tunai kemudian menjual kepada A secara ansuran dengan mengambil keuntungan sebanyak 30% umpamanya iaitu RM1,300.

Di sini si B tidak memberi pinjaman kepada si A tetapi melakukan jual beli. Si B hanya akan membeli barangan yang diminta / diingini oleh pelanggan dengan harga tunai kemudian menjual kembali kepada pelanggan dengan tambahan keuntungan 30% tadi. Jual Beli seperti ini banyak diamalkan.

Mohon penjelasan hukum jual beli tersebut.

Terima kasih.

Jawapan:

Situasi di atas merupakan urusniaga murabahah lil amri bis-shira (murabahah to the purchase orderer) yang pernah disebut oleh Imam Shafie dalam bukunya al-Umm.

Jual beli sebegini juga dijadikan Shariah Standard no 8 dalam piawaian Shariah Accounting & Auditing Organisation for Islamic Financial Institution (AAOIFI) yang diamalkan di bank-bank Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Justeru ia adalah urusniaga yang halal.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: