Jangan Buat 5 Kesilapan Biasa Pelabur Saham Ini

Kita melabur saham sebab nak buat duit. Tetapi lazimnya melebur jadinya. Maka sudah tentu ada kesilapan di mana-mana.

Justeru nota ini melihat 5 kesilapan yang dibuat oleh para pelabur saham.

1. Jual Saham Waktu Harga Jatuh

Kita beli saham sebab syarikat tu bagus. Benda bagus bila jatuh harga maksudnya masa untuk memborong. Sebab tu ramai orang orang berbondong-bondong pergi Johor Premium Outlets (JPO), Genting Premium Outlets dan yang sewaktu dengannya sebab banyak barang baik yang kalau di Kuala Lumpur harganya mahal tapi di premis berkenaan diskaun sampai 50 peratus.

Sepatutnya bila saham yang kita dah beli tu jatuh harganya maka buatlah pembelian lagi. Bukannya jual saham tu. Biasalah harga saham itu naik dan turun. Jika takut dengan pergerakan harga di pasaran saham maka kenapa beli saham?

2. Tak Tahu Saham Apa Yang Bagus

Inilah sebab utama kenapa kesilapan #1 berlaku. Sebab kita pun tak tahu saham yang kita dah beli tu syarikatnya bagus ke tak bagus.

Jadi selama ini beli saham sebab apa? Sekiranya kita beli saham sebab ikut orang, tips sana sini, follow pelbagai group saham di media sosial untuk tips saham itu tandanya kita bukannya melabur tetapi “gambling” sahaja.

“If you’ve been playing poker for half an hour and you still don’t know who the patsy is, you’re the patsy.”

Warren Buffett

3. Takde Perancangan Pelaburan

Ini antara bahan nak buat rendang ayam.

  • 1 ekor ayam
  • Sekilo santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 6 bawang merah
  • 8 bawang putih
  • Halia
  • 1 sudu besar jintan

Nak buat rendang tu pun ada resipinya. Barulah jadi rendang ayam yang enak dan power. Bila tak ada ayam lagi, kena pergi pasar. Santan takde kena cari. Kena sediakan blender nak kisar barang masakan. Perancangan masak rendang namanya.

Jadi sepatutnya sebelum kita melabur kita dah ada perancangan pelaburan (investment plan). Nak melabur saham yang macam mana…

  • Mid-small cap
  • Bluechip
  • Index
  • Exchange Traded Fund
  • dan seterusnya.

Berapa banyak pula modal yang nak digunakan untuk beli saham-saham tu tadi? Nampak tak. Pelaburan saham bukan sekadar mencari saham apa yang paling bagus, boleh beri paling banyak untung.

4. Melabur Untuk Short Term

Pasaran saham untuk jangka masa pendek takde siapa yang tahu apa yang nak jadi. Benjamin Graham kata macam voting machine.

Namun untuk jangka masa panjang, harga saham akan ikut nilai syarikat. Maka kalau kita tahu cara mengenal pasti saham yang bagus dan …

5. Tak Boleh Duduk Diam

… boleh duduk diam maka insyaAllah, portfolio saham kita menguntungkan.

Mula-mula buat perancangan pelaburan. Kemudian, mula beli saham-saham ikut perancangan tersebut. Lepas tu nak buat apa? Duduk diam.

Ya, duduk diam dan tidak berbuat apa-apa adalah perkara paling susah bila dah mula melabur saham. Asyik gatal nak buka online trading platform tu dan tengok harga saham. Bila tengok harga jatuh mula lah gelabah.

Sabarlah. Saham ni macam tanam pokok. Ada siapa-siapa berjanji ke, hari ni kita beli saham syarikat minyak tu seringgit, esok harga terus naik 1.50!?

Nak Betulkan Kesilapan Melabur Saham?

Sila isi borang ini:


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: