Kita melabur dengan tujuan untuk dapat untung. Pada masa yang sama kita juga perlu melabur mengikut undang-undang. Jika kita hanya melihat kepada untung sahaja, maka ada kebarangkalian yang tinggi untuk terjebak dalam investment scam.
Ada 3 ciri utama investment scam.
(1) Dijamin untung. Investment scam dipromosi dengan cara seolah-olah tidak boleh rugi langsung. Sedangkan semua pelaburan ada risiko.
(2) Kadar keuntungan tinggi. Investment scam dipasarkan dengan kadar keuntungan luar biasa. Mudahnya menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
(3) Cepat dapat untung. Investment scam juga mewar-warkan untung itu diperoleh dengan cepat. Kalau pelaburan biasa diukur dengan tempoh 1 tahun, investment scam menawarkan untung harian, mingguan dan bulanan.
Jadi apabila ada orang datang mempromosikan sesuatu pelaburan yang ada 3 kombinasi di atas, maka cepat-cepat kata tidak berminat. InsyaAllah duit selamat.
Oleh itu sila jadi lebih skeptikal apabila muncul iklan, ejen, sifu yang menawarkan peluang pelaburan, menawarkan servis dan memberikan khidmat nasihat dalam:
(a) saham
(b) futures seperti FCPO, CFD dan pasaran komoditi lainnya
(c) forex trading
(d) matawang kripto
(e) khidmat laburkan duit
(f) perancangan kewangan
(g) apa-apa sahaja yang berkaitan pelaburan
Semak sama ada individu atau syarikat yang menawarkan khidmat, produk pelaburan di atas berlesen mengikut undang-undang atau tidak.
Semakan 1: Investor alert list – sekiranya masuk senarai amaran pelaburan tidak berlesen
Semakan 2: Licensed and registered person – untuk memastikan berurusan dengan individu dan syarikat berlesen sahaja.