I do and I understand

Berhenti cari pelaburan terbaik. Berharap ada pelaburan yang dapat beri untung paling tinggi dengan risiko paling rendah. Tak wujud. Siapa yang masih ada mentaliti macam itu mesti pernah masuk investment scam.

Sebaliknya mulalah untuk jadi seorang pelabur yang baik.

Rakan kongsi seorang pelabur yang baik ialah kuasa kompaun. Perkara yang paling hebat dalam pelaburan. Tapi kuasa kompaun ni tak jadi sekelip mata.

Bila sebut untung terkompaun tahunan 4% vs 7% sekali imbas mungkin kita tak nampak banyak beza. Tapi lepas tekan-tekan kalkulator maka ini yang berlaku.

Selepas 10 tahun. Modal 10 ribu, duit bertambah separuh kalau 4%. Bila 7% pula, duit berkembang jadi hampir dua kali ganda.

Selepas 20 tahun. 10 ribu tadi berkembang dalam dua kali ganda kalau 4%. Dengan 7% duit berkembang dekat 4 kali ganda.

Bagi tempoh 30 tahun pula, 10 ribu tadi berkembang dalam tiga kali ganda dengan 4% dan dengan 7% pula berkembang dekat 8 kali ganda. 

“Jadi Pakdi, apa yang bagi return 7% tu?”

“Dah melabur di mana sekarang?” Saya bertanya balik. Ramai yang hanya sengih-sengih dan menjadi kesipuan.

Jadilah pelabur yang baik. Take action.

Tak kisahlah modal kecil ke modal besar ke. Unit trust ke saham ke. Pelaburan global atau local ke. Dah buka akaun ke belum? Sudah mula melabur atau masih dalam fasa “buat kajian” sebab masih mencari-cari pelaburan paling baik.

Langkah pertama untuk menjadi pelabur yang baik ialah bermula. Mula melabur dengan duit yang sebenar. Modal besar kecil bukan ukuran. Jalan terus dengan modal yang ada di tangan!

Ini tidak. Pergi kelas dah banyak, berswafoto dengan sifu-sifu bukan main hebat tapi akaun masih tak buka. Bila tak buka akaun pelaburan lagi, apa yang sebenarnya kita faham bila masuk kelas tu? Bila nak dapat bertanya soalan yang betul kepada sifu-sifu tu?

Selagi mana tak bermula, selagi tu kawan baik seorang pelabur iaitu kuasa kompaun tak dapat beri manfaat satu sen pun.

Buy first research later.

Tak perlu habiskan masa terlalu banyak dengan “kajian pelaburan”. Kita takkan dapat tahu semua benda. 

  • Oh, DS Najib baru jadi PM. Kita tunggu polisi ekonomi dia.
  • Hm… DS Najib menang PRU 13. Tapi sokongan kurang
  • Oh, DS Najib gaduh dengan Tun M pula. Makan pop corn.
  • Wow. Ada skandal 1MDB. Tunggu lah dulu.
  • Wah. Tun M dah buat parti baru.
  • Fuh. DS Najib kalah. Tun M PM baru!!!
  • Walaweh. Ringgit jatuh. Pelabur luar lari. Takutnya.

Dan 10 tahun pun dah berlalu. Akaun tetap tak buka-buka lagi. Sibuk asyik buat kajian pasal impak political uncertainty kepada pasaran saham.

Letak dalam akaun fixed deposit bank pun, dapat juga modal tu buat lawan inflasi 3% – 4%

I hear and I forget; I see and I remember; I do and I understand. – Confucius.

Sekarang, saya nak dengar cerita pengalaman melabur kalian selama ini. Dapat cerita perkara-perkara ini.

  • Sejak bila mula melabur?
  • Sekarang ni melabur apa?
  • Untung atau rugi?
  • Sekiranya dapat kembali ke 10 tahun lepas, benda apa yang nak dibetulkan?
  • Jika masih belum bermula, kenapa… tak ada masa?

Jangan risau, ini bukan Facebook. Takde siapa nak kecam! Sila reply emel ini ya.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: