“Senang cerita hudud ini macam menikah. Selagi tak menikah memang payah nak stabilkan ekonomi sendiri sebab orang bujang ni sentiasa rasa bebas, dan tiada tanggungjawab. Tak fikir bagaimana nak bagi anak dan isteri makan. Orang kahwin ni, ada mertua woo!”
Malaysiakini melaporkan calon DAP, Parlimen Teluk Intan, Cik Dyana Sofya Mohd Daud berkata:
“(hudud) implementation in Malaysia is not feasible before socio-economic issues can be addressed.”
Isu undang-undang jenayah Islam atau juga dikenali sebagai hudud ini memang isu yang sering diperkatakan. Ada yang kata, hudud mesti dibuat setelah semua perkara ekonomi selesai. Ada yang langsung menolak hudud tanpa mahu mendengar penjelasan.
Saya cenderung untuk mengulas isu ini dari sudut sosio-ekonomi yang sering dijadikan alasan menangguhkan atau menolak hudud.
1. Pembuktian hudud ketat. Without any doubt. Berbanding undang-undang sedia ada, beyond reasonable doubt sahaja.
2. Sebagai individu, khususnya mangsa jenayah curi dan rompak, kita memang mahu penjenayah tersebut dihukum keras. Penat-penat kumpul duit beli kereta, kena curi. Seharian penat kerja di pejabat cari rezeki, malam kena samun, anak isteri diacu parang, kena ikat tangan. Namun, sebagai kerajaan, lagi tinggi kadar jenayah, itu bermaksud kerajaan gagal. Justeru, kerajaan pasti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan jenayah untuk dilihat berjaya.
3. Dalam rangka undang-undang sekarang, sukar untuk hakim / majistret melepaskan seseorang pesalah atas sebab sosio-ekonomi. Namun, dalam rangka undang-undang hudud, ia menjadi faktor yang perlu ditimbangkan. Kena cari punca kenapa orang kena tuduh (OKT) mencuri ?
- Dia baru dibuang kerja?
- Gaji terlalu rendah ?
- Baru lepas kena samun, jadi duit takde nak beli susu anak?
4. Kerajaan, pada masa yang sama, jika terlalu banyak kes yang terlepas dari hukuman hudud atas sebab sebegitu, juga akan berasa “sesuatu.” Hari ini, kerajaan bekerja keras kutip cukai misalnya. Bila terlalu ramai orang “terlepas” dari cukai, kerajaan pun berasa “sesuatu”. Jadi, penambahbaikan, reform perlu dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi hal tersebut untuk menjadi lebih efisyen.
5. Hudud ini adalah ketetapan Allah swt. Bukan undang-undang manusia. Jadi, mana-mana kerajaan yang nak melaksanakan hudud mempunyai tanggungjawab yang besar. Amanah yang tak boleh dibuat sambil lewa, tak boleh buat main-main. Berbanding dengan undang-undang manusia, dalam konteks Malaysia, kena menjawab dengan Parlimen, kena menjawab dengan parti, kena menjawab dengan rakyat. Sekadar itu. Tak rasa bawa amanah Allah dan RasulNya.
6. Maka hak & tanggungjawab antara rakyat dan kerajaan menjadi lebih ketat dan tinggi standardnya. At par dengan proses pembuktian hudud itu sendiri. Mahu tak mahu, kerajaan yang nak melaksanakan hudud kena membuat dasar-dasar ekonomi yang menjadikan rakyat seronok dan gembira.
- Kenapa ada orang mencuri, tak cukup duit ke?
- Kenapa ada orang menyamun, susah sangat ke hidup di Malaysia ni?
- Kenapa ada orang jadi kaki botol, tertekan sangat ke hidup nak cari duit di tanah air sendiri sampai bila dah mabuk sanggup sepak, terajang dan pukul anak bini?
- Kenapa walaupun sudah berkahwin, masih mahu berzina, sebab malam-malam isteri balik rumah penat sebab perlu cari rezeki juga untuk keluarga?
- Kenapa orang-orang bujang berzina, “mahal” sangat ke nak kahwin ?
7. Berbanding hari ini, disebabkan tidak berasa amanah kepimpinan itu adalah datang dari langit, sekadar datang dari rakyat, maka kita menggunakan amalan pemerintahan yang rendah ukurannya. Ukuran manusia sahaja. Maka, kurang rasa serius untuk membuat dasar-dasar ekonomi yang lebih membantu keperluan manusia, dari segi emosi dan fizikal.
8. Jadi apabila hudud dilaksanakan, secara automatik isu sosio-ekonomi ini diatasi dan dibaiki dari masa ke masa. Pemimpin yang faham amanah kepimpinan ini datang dari langit, akan berasa takut dan gentar hatinya apabila memerintah main-main. Jadi, mahu tak mahu kena selesai masalah ekonomi rakyat. Kena menjawab nanti depan Allah. Pemimpin yang tak faham amanah kepimpinan ini datang dari langit, setakat amanah rakyat, lagi lah dia tidak mahu ambil peduli pasal rakyat tak cukup makan.
9. Kerajaan yang berani melaksanakan hudud, adalah kerajaan yang sebenarnya serius untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh orang ramai. Bukan janji dicapati, bukan janji pilihanraya, bukan slogan atau manifesto. Sebab jika nak tunggu semua sempurna, mendiang Steve Jobs pasti tak memperkenalkan iPhone. Apple, sekarang ini adalah syarikat paling besar dari sudut market capitalization di dunia, pun masih beri update iOS dari masa ke masa. iPhone generasi pertama, guna teknologi Edge sahaja. Dan sebab mereka upgrade, update dari masa ke masa, jadilah syarikat Apple seperti hari ini.
10. Senang cerita hudud ini macam menikah. Selagi tak menikah memang payah nak stabilkan ekonomi sendiri sebab orang bujang ni sentiasa rasa bebas, dan tiada tanggungjawab. Tak fikir bagaimana nak bagi anak dan isteri makan. Orang kahwin ni, ada mertua woo!