Harta produktif

Harta ni macam-macam. Selain hartanah, saham, emas dan benda-benda macam tu, benda macam lukisan, setem, syiling lama, lego edisi terhad Star Wars, Hermes Birkin pun dapat harta juga. Kita panggil harta collectibles.

Harta juga boleh berubah ikut zaman. Dulu cengkerang dianggap harta. Bunga tulip pun begitu. Dan sekarang wujud harta-harta yang baru seperti harta-harta intelek dan juga matawang kripto.

Tak kisahlah harta baru atau harta lama, melaburlah dalam harta yang produktif. Iaitu harta yang dapat bagi aliran tunai dan nilainya ada potensi untuk naik.

Bila kita beli lukisan, selepas 10 tahun, lukisan tadi tetap ada satu. Nilai lukisan tadi, mungkin bertambah dan mungkin berkurangan. Ini adalah contoh harta yang tidak produktif. Juga disebut sebagai harta yang tidak berkembang.

Bila kita beli saham, selepas 10 tahun, ada beberapa situasi yang dapat berlaku.

Pertama saham tadi beri dividen. Sepanjang 10 tahun kita dapat dividen. Dividen biasa atau dividen istimewa.

Dua harganya ada potensi untuk naik (dan turun).

Tiga saham tadi dapat “beranak” melalui aktiviti korporat tertentu seperti pemberian bonus dan right issuance.

Jadi, tak perlu nak tenung online trading platform tu hari-hari dan berharap tenungan itu tadi membolehkan harga saham naik mencanak-canak. Sebab untung saham bukan sekadar untung naik harga (capital gain).

Saham adalah antara harta yang produktif.

Hartanah pun harta yang produktif. Walaupun tak boleh beranak (dapat rumah percuma) tapi hartanah boleh bagi rental income. Ya, asset producing income.

Apa lagi harta produktif yang ada? Fikirkan.

Harta produktif ini ibarat kita bela kambing tenusu. Boleh dapat susu kambing. Boleh dapat daging kambing.

Macam kita berkebun. Beli tanah, tanam durian. Dah sampai usia matang, tiap-tiap tahun dapat hasil. Durian tu boleh buat makan sendiri. Atau boleh nak jual.

Jika kita beli harta yang tidak produktif, harta tu sendiri kita kena jual dulu untuk dapat untung. Selagi tak jual, maka dapat tengok untung tersebut atas kertas sahaja!


Baca Nota Pakdi menerusi emel: