Financial Freedom Satu Cerita Dongeng Atau Realiti?

Sekiranya duit dalam ASB dah penuh.

Maka tiap tahun barangkali dapat dividen sekitar RM14 ribu. Bersamaan lebih kurang RM1,167 sebulan.

Sebab kita guna duit dividen tersebut, maka duit dalam ASB itu tadi tidak berkembang. Bila duit dalam ASB statik, maka kadar dividen pun statik. Bila usik duit pokok ASB tu, maka berkuranglah dividen.

Jumlah yang sama letak dalam Tabung Haji.

Maka tiap tahun barangkali dapat hibah sekitar RM10,900. Kira-kira RM908 sebulan.

Jadi dengan kiraan simple macam ini, dapatlah kita passive income RM 2 ribu sebulan. Total savings diperlukan ialah RM400 ribu. Ini tak masuk duit KWSP kan. KWSP ada lagi RM 400ribu.

Tapi kiraan ini tak masuk faktor inflasi. Iya, pasal harga rambutan mahal. Pasal harga roti canai mahal. Pasal harga rumah tu. Semua dah mahal sekarang dibandingkan dengan harga barang zaman nenek kita berumur 7 tahun.

Lepas dah dapat buat savings RM400 ribu, mungkin nilai RM2 ribu tu dah berbeza dibandingkan waktu bermula dulu, 20 tahun yang lalu. Jadi, RM400 ribu pun tak cukup kalau ambil kira faktor inflasi.

Faktor kedua kena fikir. Tentang gaya hidup.

Kalau dah biasa hidup dengan gaya hidup RM10 ribu sebulan. Sanggup ke untuk hidup dengan gaya hidup RM2 ribu sebulan je ? Kos ganti tayar kereta sahaja dah cecah RM2 ribu. Jadi kalau bulan tu tayar-tayar kereta kena ganti, maka berpuasalah selama sebulan.

Sebab tu apabila jumpa financial planner, jangan ingat financial planner tu Harry Potter. Kiraan tu mudah nak buat. Tapi tu, faktor kedua tu. Dah la nak hire financial planner kena bayar ribu-ribu, lepas jumpa, ada ke patut dia suruh ubah gaya hidup pula. Cis! Menyesal jumpa.

Sanggup tak diri sendiri tu nak mula menyimpan dengan lebih banyak?

Sanggup tak separuh dari gaji disimpan seterusnya dilaburkan? Gaji RM10 ribu, simpan RM 5 ribu. Naik Honda EX5 sahaja hari-hari. Walaupun title di pejabat dah besar, staff dah ramai report ke kita.

Ubah gaya hidup. Sanggup?

Faktor ketiga pula.

Takpelah. Simpan dulu. Nanti ada yang tak lalu makan sebab cita-cita nak retire young, retire rich sebenarnya adalah cerita dongeng. Itulah, sebab cuma baca Robert Kiyosaki.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: