Melabur dalam unit trust dapat dibuat secara online. Dah lama dah boleh buat, cuma terhad kepada pelaburan tunai. Dan ramai dari kita yang buat pelaburan dalam unit trust melalui skim pelaburan ahli (SPA) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP baru sahaja memperkenalkan i-Invest. Apa tu?
Saluran layan diri untuk ahli KWSP yang layak untuk membuat SPA dalam dana unit amanah yang diluluskan. Setakat ini hanya dana unit amanah sahaja yang dapat dijual beli melalui i-Invest.
Apa yang bagus untuk pelabur?
(1) Kos. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tunku Alizakri Alias berkata, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan i-Invest kerana kemudahan digital ini memberi kuasa kepada ahli kami untuk mengawal pelaburan mereka serta kos transaksi hampir sifar.”
Ya, sales charge paling mahal pun 0.5% sahaja berbanding 3.0% dengan cara tradisional. Kos yang rendah ini membolehkan pelabur lebih cepat breakeven seterusnya buat untung. Walaupun begitu, untuk jangka masa panjang annual management fee adalah lebih penting untuk diambil kira.
(2) Multiple transactions. Berbeza dengan sebelum ini, agak sukar untuk membeli terus beberapa dana unit amanah sekaligus dalam satu pengeluaran. Kini dengan i-Invest perkara itu dapat dibuat seterusnya dapat membina portfolio pelaburan dana unit amanah dengan lebih baik.
Sehingga nota ini disediakan, ada 282 dana unit amanah dari 19 institusi pengurusan dana (IPD) yang dapat dipilih oleh ahli.
Ya, kini kita dah dapat labur dalam dana A dari IPD X, dana B dari IPD Y, dan dana C dari IPD Z dalam tempoh pengeluaran yang sama. Asset allocation.
(3) Informasi. Dengan cara tradisional, pelabur menjadi sasaran pemasaran. Ejen IPD X tidak boleh menjual dana unit amanah dari IPD Y dan IPD Z. Bagaimana kita nak tahu tawaran IPD X lebih baik dari IPD Y atau IPD Z?
Dengan adanya i-Invest, pelabur dapat mencari fakta sendiri seterusnya membuat perbandingan dari pelbagai dana unit amanah yang ditawarkan. Justeru, pelabur dapat pilih sendiri apa yang mereka rasakan terbaik.
Ya, kita sebenarnya ada banyak IPD dan pelbagai dana yang dapat dipilih.
(4) Telus. Buka sahaja i-Invest, terus dapat tengok prestasi dana unit amanah yang dibeli. Termasuklah prestasi dana yang dibeli dengan cara tradisional sebelum ini.
Ya. Kini dapat tahu nilai semasa portfolio kita dan bukannya jumlah unit yang kita ada.
(5) Tebus / tukar. Bukan sahaja nak labur, nak tebus dan tukar dana pun dapat dilakukan sendiri. Pelabur tidak ada lagi menghadapi isu seperti ejen dah tidak dapat dihubungi, ejen tidak mahu tebus / tukar, ejen dah bertukar jadi ejen IPD lain dan pelbagai lagi isu berkaitan manusia yang timbul.
Ya. Pelabur dapat melakukan portfolio rebalancing dengan lebih efisyen.
Yang paling penting perlu difahami ialah, SPA adalah satu pilihan sukarela sahaja. Tak wajib pun buat. Dan siapa yang pilih untuk buat SPA maka dia perlu faham risiko yang diambil.
Sekiranya seseorang itu dah layak untuk melabur dan memilih untuk membuat SPA dengan cara i-Invest maka dia perlulah tahu asas-asas pelaburan, mempelajari kelebihan dan kekurangan dana ekuiti, dana pelaburan tetap, dana seimbang dan dana pasaran wang.
Melabur secara online tidak bermaksud keuntungan adalah dijamin. Ia cuma channel distribution sahaja dengan kelebihan yang telah saya sebut di atas.
Jadi sekiranya tuan puan berasa berkemampuan untuk buat keuntungan lebih dari apa yang KWSP dapat beri, maka manfaatkanlah i-Invest.
Berikut ialah rekod agihan pendapatan KWSP bagi akaun Shariah untuk 5 tahun terakhir:
2021: 5.65%
2020: 4.90%
2019: 5.0%
2018: 5.9%
2017: 6.4%
Purata agihan pendapatan 5 tahun ialah 5.57%
Baca: Jangan Buat 5 Kesilapan Biasa Pelabur Unit Trust Berikut