Perlu tak melabur di tempat lain bila ASB bagi dividen rendah?

Semua orang maklum return ASB 2019 ialah 5.5%. Ya, ini yang paling rendah dalam sejarah (setakat ni).

Pada zaman 1990-an dahulu, return ASB melebihi 10 peratus. Dan sejak 10 tahun lalu, dividen ASB adalah sekitar 7 peratus dan bila campur bonus, boleh dapat 8 peratus. Maka bila cuma 5.5% maka sudah tentu ramai yang tidak berpuas hati.

1. ASB ialah Unit Trust Berharga Tetap

Sebelum itu, kita perlu sentiasa faham ASB ialah produk unit amanah / unit trust yang berharga tetap. Setiap 1 ringgit yang kita laburkan, tetap kekal 1 ringgit.

Maka faktor ini menjadikan ASB satu tempat pelaburan yang selamat. Iaitu selamat dari sudut duit pelaburan pokok tidak akan hilang. Sudah dijamin.

2. Agihan Pendapatan Tidak Tetap

Apa yang tidak tetap, berubah-ubah dan boleh turun dan naik ialah agihan pendapatan. Orang kampung selalu sebut dividen ASB. Ini yang tidak tetap dan tinggi atau tidak jumlahnya bergantung kepada faktor ekonomi dan pelaburan semasa.

Dividen ASB 2019 ialah 5.5 Peratus

Sekiranya sekitar return ASB ialah 5 ke 6 peratus, maka ini situasi yang dapat berlaku. Setiap 100 ribu yang dilaburkan, maka dalam tempoh 10 tahun, nilai pelaburan kita menjadi sekitar 170 ribu.

Manakala, jika return ASB dapat kembali antara 7-8 peratus macam dulu, maka dengan jumlah pelaburan 100 ribu, maka dalam tempoh 10 tahun, nilai pelaburan ASB pun dapat menjadi penuh, iaitu 200 ribu.

Ya, perbezaannya ialah sebuah kereta Axia.

Kembali Kepada Prinsip Asas

Spread the risk.

Adalah menjadi satu kebaikan buat pelabur supaya tidak melabur hanya tertumpu di satu tempat sahaja. Melaburlah di beberapa tempat sekaligus. Sama ada ASB tengah bagi return tinggi atau return tak berapa tinggi macam tahun 2019, memang kita patut melabur juga di tempat lain.

READ  5 Cara Membuat Pembelian Unit Trust

Bukannya tunggu ASB dapat dividen rendah baru nak cari tempat yang lain. Itu adalah satu strategi pelaburan yang tidak tepat.

Di Malaysia, kita ada pelbagai pelaburan lain yang dapat dimanfaatkan. Jadi, bila satu pelaburan rugi, atau tak berapa untung, maka kita masih ada pelaburan lain yang lebih untung.

Jika semua pelaburan yang kita buat itu buat untung, itu namanya very bullish market. Jika semua pelaburan yang kita buat itu tengah rugi, itu namanya very bearish market. Kebiasaannya, akan ada pelaburan yang rugi dan untung pada masa yang sama.

Spread the risk inilah amalan seorang pelabur yang baik dan diamalkan oleh pelabur billionaire seperti Warren Buffett.