Dilema Seorang Pegawai Kerajaan: EPF / KWSP atau Pencen?

Sepanjang saya mengendalikan seminar kewangan di jabatan-jabatan kerajaan, apabila saya bertanyakan soalan:

“Siapa sini yang masih ambil KWSP dan bukannya pencen?”

Majoriti besar mengangkat tangan. Jika ada yang mengangkat tangan sekalipun sebab statusnya yang belum ‘confirm’ dan selepas mendapat pengesahan jawatan mereka pun akan mengambil pilihan pencen.

Walaupun begitu, masih ada sebahagian kecil pegawai kerajaan yang memilih untuk mencarum KWSP dan bukannya pencen.

Tentang Konsep Pencen

Pencen merupakan sistem defined benefit.

Maksudnya, pihak kerajaan yang membuat dasar bagi pihak penjawat awam berapakah jumlah yang perlu dibayar untuk pencen mengikut kriteria tertentu. Penjawat awam secara individu tak perlu fikir lagi tentang pelan persaraan (retirement plan). Cukupkan syarat sekian sekian untuk melayakkan mereka memperoleh pencen sekian-sekian.

Justeru, skim pencen ini bergantung sepenuhnya kepada poket kerajaan. Jika kerajaan ada duit, mampu bayar, maka skim pencen akan terus ada. Jika kerajaan sudah rasa tidak lagi mampu membayar duit pencen, maka sistem ini pasti berubah.

Walaupun begitu, persoalan yang juga perlu difikirkan adakah pencen yang bakal itu diperoleh cukup untuk menampung keperluan pada usia persaraan? Ini kerana kenaikan pencen tidak lah banyak dibandingkan dengan inflasi, kenaikan kos sara hidup.

Konsep Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KWSP pula konsep defined contribution.

Berapa peratus yang kerajaan / majikan sumbang? Berapa peratus yang perlu dipotong dari duit gaji sendiri? Maka itulah tabungan asas untuk persaraan diri sendiri bagi pencarum KWSP.

Mengikut amalan sedia ada, setiap pencarum KWSP mempunyai dua akaun. Akaun satu, akaun ini tidak dapat dikeluarkan semudahnya melainkan untuk tujuan pengeluaran pelaburan ahli ke dalam skim pelaburan unit amanah atau ke pasaran saham menerusi mandat persendirian. Itu pun jika ada untung, pencarum menjual unit saham amanah / saham mereka, keuntungan dimasukkan semula ke dalam akaun 1 sehingga usia 55 tahun.

Seterusnya akaun dua. Akaun ini membolehkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian / semua duit mereka untuk tujuan antaranya seperti berikut:

  1. Beli rumah
  2. Bina rumah
  3. Pendidikan
  4. Nak bayar hutang rumah
  5. Haji

Dan seterusnya. Nak tahu secara terperinci, sila baca:

Apa Sebenarnya Halatuju Kerjaya & Sasaran Kewangan Kalian?

Pencen kerajaan ada manfaat tersendiri. Begitu juga skim KWSP.

Berdasarkan pengalaman saya semasa memberikan konsultansi kewangan, saya akan bertanyakan soalan seperti ini:

“Tuan / puan, nak kerja kerajaan sampai pencen atau ada hasrat nak masuk sektor swasta satu hari nanti?”

Maka itulah penentu kepada dilema mereka untuk membuat keputusan tentang duit pada hari tua nanti. Nak pencen atau duit KWSP?


Baca Nota Pakdi menerusi emel: