Catatan Pelaburan – Supaya Tak Melabur Syok Sendiri

Sebagai pelabur, kita mesti mengurus dan membuat memantau pelaburan yang telah dibuat. Ini membolehkan kita mengetahui situasi terkini tentang pelaburan yang kita sedang buat.

Catatan asas adalah seperti ini, ini adalah ketika membuat pembelian:

  • Tarikh beli
  • Harga beli
  • Jumlah unit
  • Kos; brokerage fee / clearing fee / sales charge
  • GST / SST
  • Jumlah dividen yang diterima
  • Catatan sebarang aktiviti korporat seperti share split, right issuance, spin off dan sebagainya.

Ini pula adalah ketika membuat penjualan:

  • Tarikh jual
  • Harga jual
  • Kos; brokerage fee / clearing fee / sales charge
  • GST / SST

Selepas itu baru dapat kira berapa total return on invesment.

Dari situ dapat kira pula berapa pula annualized return, iaitu keuntungan secara terkompaun yang juga disebut sebagai compound annual growth rate (CAGR).

Modal 10 Ribu Jadi 25 Ribu

Melalui catatan yang ada, maka kiraan ini dapat berlaku. Saya andaikan ini berlaku dalam tempoh 10 tahun.

Total return: 150%
Average return: 15%
Annualized return: 9.6%

Apa yang tidak ada dalam kiraan ini ialah, yearly return.

Pelik kan. Maklumat modal, return dan tempoh pelaburan yang sama. Tetapi menghasilkan kiraan untung berbeza-beza.

Sebagai pelabur kita perlu mengetahui perbezaannya.

Ilmu Menyelamatkan Pelabur Bijak

Wujud misleading di luar sana yang mana sesuatu pelaburan itu digambarkan dapat untung 15% tapi pada hakikatnya cuma untung 9.6%

Kenapa nak buat misleading?

Nak push product.
Nak claim produk pelaburannya adalah yang terbaik.

Dan sebab yang claim macam tu tak ada ilmu yang betul pasal pelaburan. Cuma nak menjual produk dan dapat komisyen aje.

Apabila kita faham pasal perbezaan return yang ada, maka otak kita akan menjadi lebih rasional sebab dari sini kita dapat mengerti sesungguhnya:

  1. Pelaburan adalah volatile. Bukannya tiap tahun untung 15%. Mungkin ada tahun yang rugi.
  2. Past performance does not guarantee future performance.
  3. Ada orang boleh tahan perut tengok volatility, ada orang tidak. Justeru, jika tak diterangkan dengan betul, kita mungkin beli pelaburan yang tak sesuai dengan diri kita.

Jika tidak dapat mengiranya sendiri, dapatkan khidmat licensed financial planner untuk membantu.




Buat Carian