Cara Pilih Pinjaman Loan Rumah

Membeli rumah adalah pembelian terbesar dalam hidup bagi majoriti dari kita.

Justeru, jika mahu berhutang sehingga 30 tahun pastikan kita mendapat yang terbaik.

Produk pembiayaan perumahan yang saya suka mempunyai dua ciri utama:

1) Ada mekanisma reducing principal
2) Link dengan current account.

Barangkali lebih dikenali sebagai flexi home financing product.

* imej grafik HSBC

Apa Yang Menarik?

Ok sebelum tu banyak bank mendakwa mereka mempunyai produk flexi ini tadi.

Namun pengalaman saya, foreign bank memberikan pilihan terbaik berbanding bank-bank tempatan kerana tidak banyak syarat dan peraturannya. Malah ada bank tempatan yang langsung tidak ada kemudahan flexi ini.

1. Saya suka sebab saya boleh tentukan cara pembayaran pembayaran yang membolehkan tempoh pembiayaan berkurangan secara automatik.

2. Saya suka sebab saya boleh lebihkan jumlah pembayaran yang saya suka setiap bulan walaupun cuma sedikit dari jumlah yang ditetapkan untuk membolehkan  tempoh pembiayaan berkurangan secara automatik.

3. Saya suka sebab cashflow lebih setiap bulan saya dapat deposit sebahagiannya dalam akaun semasa yang disediakan. Tak semestinya cashflow lebih pun, duit gaji kita juga boleh terus dimasukkan dalam akaun tersebut walaupun setiap bulan cuma tinggal beberapa sen. Sekali lagi jumlah duit yang ada dalam akaun semasa tersebut, walaupun cuma sehari letaknya dapat mengurangkan tempoh pembayaran hutang.

4. Kita masih dapat mengeluarkan duit dalam akaun semasa tersebut apabila diperlukan.

5. Produk ini dapat memberikan saya lebih kuasa untuk mengawal cashflow setiap bulan. Adakalanya saya perlu membayar hampir penuh, ada masa saya cuma perlu bayar tidak sampai separuh dari jumlah bayaran bulan-bulan.

Buat Sedikit Namun Kesannya Besar

Tak banyak yang perlu kita buat.

READ  4 Fasa Bisnes Nabi Muhammad saw

Mungkin cuma bayar lebih RM 50. Mungkin letak dahulu sementara duit bonus tahunan yang kita terima dari syarikat sementara berfikir untuk membelanjakannya. Mungkin kita masih berbelanja seperti biasa, cuma duit gaji terus dimasukkan dalam akaun semasa yang disediakan.

Bergantung kepada kita.

Kesannya kita pasti dapat mengurangkan tempoh pembiayaan sehingga beberapa tahun bergantung kepada strategi yang kita guna pakai. Dari 30 tahun boleh jadi cuma 15 tahun.

Apabila tempoh dah jadi pendek, secara automatik kita membayar kurang hutang kepada bank. Baik sungguh kita ni kalau masih suka beri bank lebih untung.

Eh, kalau macam tu macam mana bank nak untung? Biarkan pihak bank fikir hal tersebut. Ada lah cara dia buat untung juga, dan kalau kita pun dapat lebih untung melalui penjimatan masa hadapan kan bagus, sama-sama dapat manfaat.

Sekiranya kita sudah memiliki produk jenis ini untuk hutang rumah kita, maka pisau sudah ada di tangan, tinggal belajar cara nak guna je.

41 comments

  1. aslam

    kalau tak keberatan,boleh pakdi bagi tahu bank apa yg pakdi guna?

    1. Pakdi

      Kalau berminat boleh bermula shopping dari HSBC Amanah, CIMB-i dan juga Alliance-i.

      1. Yusri

        Setau sy HSBC Amanah , loan aggreement kene byr cash ….

  2. Lah

    oo..thanks
    alrajhi@kfh@…..?
    bank foreign mcm mana plak pakdi?

    1. Pakdi

      Kedua tu foreign bank juga, tapi kena tanya dulu ada tak produk sebegitu dan apa syarat-syarat dan kos yang ada.

      Foreign bank tu adalah bank yang bukan orang Malaysia punya. Banyak dah di Malaysia ni.

      1. nisrinah

        akum…rhb dgn b.islam loan pling ok…sebab dh prnh buat

  3. zam

    Pakdi, boleh buat review bank mana yang tawarkan flexi yang patuh syariah?

    1. kara

      ha betul tu… bank mana yang tawarkan flexi yang patuh syariah? nk tahu juga

  4. Pakdi

    Reviu?

    Bank yang bagi akaun patuh Shariah kan saya dah jwb atas tu. yang saya tahu…

  5. Tutor Hambal

    Jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat berharga ini. Semoga Tuan sentiasa dirahmati Allah s.w.t

  6. fazrol

    thanks pakdi for sharing..
    Susah jugak bab rumah nie..

  7. julia

    Salam, bank HLB Islamic pun ada tawarkan loan yang agak menarik. Interest IFR-2.35% kalau kena dengan syaratnye! 🙂

  8. wan

    Salam.
    Betul ke ambil loan dari foreign bank kurang selamat berbanding local bank?
    ada yang mengatakan risiko lebih tinggi untuk interest rates berubah?

  9. Mana Lebih Baik; Personal Finacing ke House Financing ?

    […] 3. Namun, jika rumah dari pemaju / sub-sale maka sudah pasti housing financing scheme. Banyak kelebihannya seperti kadar yang lebih murah dan fleksibiliti. Saya ada kongsikannya di sini; Cara Pilih Pinjamam Loan Rumah […]

  10. Mana Lebih Baik; Personal Financing ke House Financing ?

    […] 3. Namun, jika rumah dari pemaju / sub-sale maka sudah pasti housing financing scheme. Banyak kelebihannya seperti kadar yang lebih murah dan fleksibiliti. Saya ada kongsikannya di sini; Cara Pilih Pinjamam Loan Rumah […]

  11. Fida

    Saya baru nk beli rumah n wat pnjmn dr CIMB-i, variable home financing-i. Sama x dgn produk yg dinyatakan di atas? Kalau sama sy nk bli ebook ni sbb sy nk pendekkn tempoh pinjaman..

    1. Suzardi Maulan

      Kalau ikut nama – variable – memang flexi sifatnya.

      Pastikan dia dapat link dengan current account dan kita boleh bayar lebih setiap bulan.

  12. Afi

    Salam sejahtera,
    adakah current acct itu bank yang sama atau mana2 bank pun buleh?

  13. WMS

    Pakdi,

    Kalau ada cash, yg mana better option?

    A. Dump utk byr loan rumah
    B. Dump dlm TH/ASB etc

    1. Suzardi Maulan

      Kalau masih boleh bayar hutang rumah tu tanpa ada sebarang masalah, saya pilih B.

      1. WMS

        OK sama mcm plan saya. TQ Pakdi 🙂

    2. IAB

      Ini soalan bagus. Sy dh ada existing loan rumah. Government scheme. Apakah caranya nk kecilkn mortgage? Sy igtkn nk dump cash supaya nilai loan mengecil.

  14. Rumah Sendiri: Harta atau Beban ?

    […] Mendapatkan pembiayaan perumahan yang dapat mengurangkan prinsipal pembiayaan dengan cepat & seterusnya dapat melangsaikan […]

  15. munirah

    salam pakdi
    saya berminat untukmembeli rumah, mana yang lebih baik, menggunakan government loan atau bank loan..bagaimana pengiraan bayaran balik jika harga rumah ialah RM313000 tetapi ingin membuat pinjaman sebanyak rm330000 dan tempoh bayaran 30 tahun.

  16. ida

    Assalammualikum Pak Di,

    Nak tanya berkenaan flexi accnt tu, katakan kita montly pembiayaan perumahan kita RM700, so bulan tu kita byr lebih RM 900, tp kan bank stil potong RM700 je,stil balance RM200 tu xtertolak, so in tis case masih kah amaun rumah kita menggunakan flexi accnt ni menurun?

    TQ

    1. Suzardi Maulan

      Kelihatannya tidak. Sila hubungi pihak bank untuk info yang pasti.

  17. Shalizza

    Saya telah berhutang personal loan dengan bank rakyat 10 tahun lalu.
    Saya juga telah berhenti membuat bayaran kerana masalah kewangan beberapa tahun lalu hingga kini. Baru2 ini saya telah ke bank tersebut dan mereka telah menyatakan kes telah di serahkan kepada ejen. Saya telah menghubungi ejen untuk berbincang mengenai cara pembayaran semula. Masalahnya ejen mahu saya bayarkan 70% dr jumlah pinjaman, dan bila ingin tahu jumlah baki tertunggak ejen enggan beritahu. Begitu juga dengan pihak bank.

  18. cipon

    as salam,

    flexi loan islamic ke pakdi..??kalau islamic bank mana yg sediakan.
    kalau bfr berubah macam mana??payment still sama ka…
    kalau witdraw duit dari current account kena caj brapa..tak ke rugi kita kena caj setiap kali nk witdraw..
    minimum witdraw brapa dari advance payment..

    mohon bantuan…

    tq

  19. azim

    Salam pakdi.
    Jika kite byr flexi dgn amoun yg lebih setiap bulan, will it affect our ccris record?bcoz some bank (non-flexi) said that will affect our ccris record as the payment will be listed as “rescheduled” meaning bad record.not sure how though.

  20. hamima

    Salam nak tanya,sy nk wat refinance rumah,tpi sy ada buat perstrukturan semula sblm ni,smua bank reject permohonan sy utk refinance,mcm ne ye sy nk clearkan nama

  21. fairuz

    salam. saya baru dapat undian kediaman PRIMA . adakah pinjaman perumahan terhad kepada panel2 yg dilantik sahaja?

    harga RM306 000.00 apartment

    10 july kena decide mau atau tidak

    pastu keliru mahu cari pinjaman perumahan terbaik

    adakah perlu mohon dari panel bank yg di syorkan oleh PRIMA shj?
    1-mbsb
    2-maybank
    3-bsn
    4-bank islam
    5-bank rakyat
    6-etc.

    bolehkah kita mohon loan daripada bank2 yg ini,
    HSBC Amanah, CIMB-i dan juga Alliance-i.

    macam yang tuam britau ade kemudahan flexi.

  22. Mohd Zulfadhli

    Salam..

    Sya nk tnya, cara mudah dan tepat untuk tahu kadar untung/faedah bank tawarkan? Produk Flexi + Patuh syariah dah dpt info.. terima kasih

  23. Ruby

    Assalamualaikum, saya dan suami mmg sedang mencari2 hartanah utk dibeli. Msalah kami, hanya suami yang belerja dan dia foreigner yang bekerja dia singapore. Apa cdgn tuan ye?

  24. Shahriza Binti Ali

    Nak tahu bank mn yang bole approve untuk refinance rumah below rm100k..

Comments are closed.