Permohonan pembiayaan beli rumah ditolak mempunyai banyak sebab.
Salah satunya adalah adanya peraturan Debt Service Ratio (DSR).
Iaitu berapa komitmen hutang kita setiap bulan dibandingkan dengan pendapatan. DSR adalah peraturan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan berapa hutang yang kita boleh ada.
Secara umumnya DSR adalah 70%. Namun bank dapat membuat polisi-polisi tambahan mengikut kesesuaian. Justeru, boleh jadi berbeza mengikut bank seperti lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta.
Andaikan pendapatan bersih kita RM 4,000. Hutang lain adalah seperti berikut:
- Hutang kereta RM 700.
- Purata bayar hutang kad kredit RM 150.
- Hutang ASB RM 500.
- Hutang personal financing RM 600.
Maka DSR kita telah mencapai 49%. Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan. RM 1950/RM 4000.
Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat buat hutang baru sehingga RM 850 sahaja. Justeru, berdasarkan kadar pembiayaan semasa, rumah yang dapat kita beli adalah maksimum RM 200k. Kalau bayar buan-bulan lebih dari itu, memang susah.
Justeru, pastikan kita merancang hutang dengan betul. Utamakan hutang yang lebih utama.