Cara Buka Akaun Main Saham Sendiri di Bursa Malaysia

Tonton versi video di siniBagaimana nak buka akaun pelaburan saham

Dulu orang panggil Bursa Saham Kuala Lumpur. BSKL. Sekarang namanya dah lain iaitu Bursa Malaysia.

Untuk mula berjual beli saham sendiri, tuan mesti melalui buka akaun dengan syarikat broker. Wajib. Kebiasaannya kita berurusan dengan individu yang mewakili syarikat broker yang dikenali sebagai remisier atau dealer. Remisier dapat komisyen, manakala dealer makan gaji.

Dahulu kalau nak berjual beli kena dail telefon. Sekarang boleh trade online melalui platform yang disediakan oleh syarikat-syarikat broker. Malah nak guna tablet, iPad, smartphone pun dah boleh, atau guna apps yang disediakan.

Barangsiapa yang beli saham tanpa melalui membuka akaun dengan mana-mana syarikat broker, ketahuilah dia telah ditipu. Maka nak main saham sila buka trading account dengan syarikat broker terlebih dahulu.

Berikut adalah cara-caranya:

Langkah 1: Cari Syarikat Broker Berhampiran

Pergi ke website Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com) dan cari syarikat broker yang berhampiran atau yang kita selesa berurusan. Untuk awal-awal ni buka sahaja di mana-mana. Lepas itu baru pilih lain. Tidak ada masalah, boleh buka lebih dari 1 akaun.

Boleh juga cari bank yang ada share investment center di cawangan mereka.

— Sila klik di sini untuk melihat senarai syarikat broker yang sah.

Langkah 2: Ambil Broker Shariah Compliant

Semak sama ada syarikat broker kita tu ada tawarkan Islamic trading account ke tidak. Syarikat broker saham ada banyak, tapi yang tawarkan Islamic trading account ni bukan semua. Ini ialah senarai yang ada dalam Bursa MarketPLC, platform bawah Bursa Malaysia.

(Sekiranya ada percanggahan, maka senarai yang terkini ialah dari Bursa Malaysia-i)

Langkah 3: Terus Buka Akaun

Setelah dah pilih nak buka akaun dagangan patuh Shariah dengan broker mana,

Yang paling cepat, terus ke pejabat broker. Sebab kalau apply online pun, setakat ni masih kena jumpa broker juga akhirnya. Masa berjumpa pihak broker, kebiasaannya kena bawa dokumen yang diperlukan untuk buka CDS account dan trading account seperti:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata akaun bank
  3. RM 10

Akaun CDS  atau Central Depository System adalah akaun kita dengan Bursa Malaysia yang digunakan untuk semua urusan jual beli. Kita boleh ada lebih dari satu trading account. Jangan risau, semua syarikat broker uruskan.

Masa jumpa pegawai di syarikat broker tu, tanya lah semua benda.

  • Macam mana nak berjual beli secara online.
  • Kadar brokerage fee
  • Direct account vs nominee account
  • Bayaran dividen nanti macam mana.
  • Dan seterusnya.

Langkah 4: Lepas Akaun Dah Siap Masukkan Modal

Buka akaun ni mengambil masa beberapa hari bekerja. Bergantung kepada proses dalaman sesebuah syarikat broker.

Apabila akaun telah dibuka, pastikan kita catat no CDS dan trading account di tempat yang senang kita nak ingat. Dan juga nombor trust account syarikat broker untuk tujuan deposit modal pelaburan saham ke dalam trading account. Selalunya dalam langkah (3) ianya remisier / dealer dah diberitahu.

Langkah 5: Beli 1,2 Kaunter

Apabila duit modal pelaburan dah masuk dalam trading account maka dapatlah kita membuat urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Biasakan dulu dengan platform online yang disediakan. Nanti nak buy, tertekan order sell. Naya je.

Jika tidak tahu, pergi belajar dengan remisier / dealer cara-cara letak order menerusi trading platform.
.

Buka dulu akaun dan terus beli saham. Selepas tu baru pergi belajar melalui kelas. Cara itu adalah lebih baik dari menghabiskan banyak duit pergi kelas tapi lepas kelas masih tak beli-beli lagi walaupun satu saham.

Tonton versi video di siniBagaimana nak buka akaun pelaburan saham


Baca Nota Pakdi menerusi emel: