Penglibatan bumiputera di dalam pasaran modal masih kurang berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Atas kesedaran inilah, MITI telah menyediakan peruntukan khas untuk bumiputera bagi menggalakkan mereka terlibat di dalam pasaran saham di Malaysia ini.
Langkah-Langkah Membeli Saham IPO MITI
1. Pergi ke website MITI dan klik pada Bumiputera shares pada sidebar sebelah kanan website tersebut.
2. Di bahagian ini, anda dapat lihat pelbagai maklumat dan pengumuman berkaitan IPO. Di bahagian bawah sekali ada juga maklumat berkaitan tentang IPO terbaru yang bakal diapungkan di Bursa Malaysia.
3. Sepatutnya anda boleh terus isi borang maklumat anda secara online, tetapi buat masa sekarang sistem berkenaan dalam penyelenggaraan. Lihat pengumuman dari MITI.
Jadi anda perlu gunakan borang yang telah disediakan.
4. Siapa yang layak memohon?
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Bumiputera;
- Berumur 18 tahun ke atas; dan
- Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
- Nota: pelajar adalah tidak layak memohon.
5. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan individu:
- Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online)/borang;
- Salinan kad pengenalan/surat pengesahan status Bumiputera yang jelas;
- Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri ;
- Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ; dan
- Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf ) berserta tarikh dan cop bank .
- Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);
- Bagi pegawai Kerajaan , sila dapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk melanggan saham khas ini.
6. Selepas itu, hantar borang dan dokumen yang diperlukan ke :
Pengarah Seksyen
Pembangunan Perniagaan Bumiputera Bahagian Pembangunan Keusahawanan,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & IndustriAras 7, Blok Menara, Menara UsahawanNo. 18, Persiaran Perdana, Presint 262652 Putrajaya.
Anda juga boleh menyuruh wakil iaitu broker anda untuk menghantarkan borang berkenaan ke alamat di atas.
7. Selepas 2 minggu, keputusan akan diumumkan samada anda layak untuk membeli IPO berkenaan atau tidak. Minimum pembelian unit saham adalah 1,000 unit dan tiada had maksima. Walaubagaimanapun, jumlah yang diluluskan adalah tertakluk kepada pihak MITI.
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan cara membeli saham IPO ini, anda boleh rujuk remisier/dealer anda. Mereka akan membantu anda di dalam proses ini. Nampak macam susah, tapi bila baca balik step yang ditunjukkan di atas dan guidelines yang diberikan oleh pihak MITI, mudah sahaja caranya.
Sekiranya anda berjaya mendapatkan saham IPO ini, sila rujuk remisier/dealer anda untuk tindakan selanjutnya bagi tujuan pembayaran dan tandatangan.
Azizul
Kenapa pelajar tak layak mohon? Apa alternatif lain untuk pelajar? Saya sudah ada ASB dan Tabung Haji, selepas ini berminat untuk main Amanah Saham Bank Islam(buat homework lagi).
Apa lagi yang sesuai untuk saya? Saya pelajar berusia 19 tahun. Saya tak nak la elaun MARA saya habis tanpa ada pulangan yang lumayan. Harap Pak Di dapat tolong bagitahu alternatif lain.
Editor
Sebab MITI hendak semak status kewangan individu yang memohon. Antara dokumen yang perlu dihantar adalah bank statement. Pelajar tidak ada gaji tetap,sebab itu mungkin syaratnya begitu.
Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.
Azizul
Pelaburan apa yang terbaik untuk pelajar macam saya? Selain daripada ASB dan Tabung Haji yang saya dah pun miliki.
Suzardi Maulan
Sila baca http://www.pakdi.net/boleh-ke-pelajar-mahasiswa-main-melabur-saham/
syed
Moga lebih ramai bumiputera mengambil peluang yang diberikan MITI ini..
Jibam
Terima kasih untuk info ini. Bolehkan beli guna syarikat untuk yg bertaraf bumi? atau ni untuk individu sahaja?
Editor
yang ini untuk permohonan individu sahaja. untuk permohonan dari syarikat atau koperasi, ada syarat-syarat lain. Borang yang digunakan juga lain.
Buka balik link yang saya berikan di atas dan klik pada bahagian Permohonan Syarikat atau Permohonan Koperasi.
wan2
nak tnya ada sape2 saya boleh contat or group dalam face utk saya join miti ni??? saya berminat utk join..
jane
saya sorang kakitangan kerajaan. perlukah dimestikan untuk disahkan ketua jabatan lagi untuk membeli saham.
Sebabnya, ketua jabatan saya susah nak approve jika saham-saham ini.
Apa itu Prospektus?
[…] nak beli IPO, baca prospektus […]
Shue
Salam.
Saya nak tanya. Saya nak apply MITI Bumi allotment. Boleh tak kalau funding tu saya buat half loan and another half own fund? Bukan apa, kalau boleh memang nak ambik full loan tapi takut insiden Astro berulang kembali. Besides, application under MITI ni bukan sen-sen bayarannya. AlSo, agak sayang nak keluarkan my ASB nak beli saham. (Hehe.. Banyak pulak songelnya, kan?) Tgh menconsider nak apply UMW tapi the funding part tu agak meresahkan. Senang ke dapat full loan btw yer? What’s the requirement? Please advise.
Shue
ezwan
Salam..
Saya dapat tawaran IPO (pink form)..berminat gak nak try IPO.ada perbezaan ke tawaran untuk kakitangan dengan orang awam..
nik
kalau sy dapat beli ipo dalam 10000 dari miti berapa % loan kita boleh dapat maximum.dan berapa saya kena keluar modal sendiri
Azhar
Salam Pak DI,
Saya ada bukak web MITI :
http://www.miti.gov.my/cms/storage/documents/e64/com.tms.cms.document.Document_b7fed7e6-c0a81573-730811b5-110d0c70/1/Borang%20Permohonan%20Individu.pdf
Untuk memohon saham bumiputra, kita perlu ada surat :
1. Surat permohonan / cover letter dengan menyatakan nama syarikat yang menawarkan saham dan bilangan unit saham yang dipohon
Soalan : Surat ni nak dapat kat mana atau kita kena karang sendiri?
Wasalam & terima kasih.
jamal
kalau saya tak bekerja blh ke nak mohon saham miti tp saya warganegara malaysia.
jamal
saya dah ada akaun cds. blh ke saya nak mohon saham miti
Zainul Fuad bin Ghazali
Salam. Saya baca dalam website MITI, kelayakan untuk mendapatkan peruntukan saham bumiputra bagi individu perlu ada nilai bersih aset bernilai RM3 juta dan syarikat RM10 juta. Mohon penjelasan tuan. TQ
Hasri
Di bawah peruntukan MITI IPO saham khas Bumiputera, pemohon tidak perlu membuktikan mempunyai aset bersih bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta bagi syarikat atau RM3 juta bagi seorang individu selagi pemohon boleh membuktikan bahawa mereka mempunyai wang yang mencukupi dalam akaun bank untuk melanggan sekurang-kurangnya 1,000 unit saham. Walau bagaimanapun, pemohon mestilah mematuhinya jika kriteria di atas telah dinyatakan oleh MITI semasa tawaran IPO saham khas Bumiputera.
zailani
cadangan saya yang boleh dikatakan tidak berkesan dimana sepatutnya semua ipo yang dimohon oleh individu patut dapat semua dan jangan buang atau hantar balik kepada mereka.
Nashir
Bagaimana cara nak tahu sama ada syarikat yg menawarkan IPO itu patuh syariah atau tidak?
asri
ya..saya pun nak tau mcm mana IPO tu syariah? ada rakan2 boleh jelaskan..
Zul
Boleh rujuk sini
https://www.facebook.com/BIMBSecurities
Ubah Gaji Jadi Harta
[…] Main Saham Untuk Dapatkan Income Bulanan ? 2. Pakai Duit Lebih Sahaja, Jangan Pinjam Duit 3. Cara Beli Saham IPO Melalui MITI 4. 2 Fenomena Yang Selalu Dihadapi Para Pelabur Saham Bursa Malaysia 5. Warren Buffett; Masa […]
Yusof62
Bagimana untok tahu saham terbitan baru itu syariah
norehan
assalammualaikum saya nak tanya,macam mana nak adakan modal untuk apply Saham MITI,sedangkan apabila kita dapat,kita tak payah modal pon
10 Fakta Menarik Mengenai Walmart - Pakdi.net
[…] IPO Walmart diterbitkan pada 1970, jual beli saham pertama adalah $16.70 dan hari ini harganya sekitar […]
Apa itu Prospektus? - Pakdi.net
[…] nak beli IPO, baca prospektus […]