Pelaburan Saham & Unit Trust: Apa Bezanya?

Saham adalah pemilikan dalam bisnes. Ekuiti. Dengan membeli saham bermakna kita telah menjadi pemilik sesebuah syarikat. Apabila sebut pasal pelaburan saham, selalunya merujuk kepada pembelian saham syarikat di Bursa Malaysia.

Unit trust pula adalah collective investment scheme yang membolehkan sekumpulan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk kumpul duit sama-sama supaya dapat dilaburkan dalam aset pelaburan tertentu.

Bergantung kepada objektif sesuatu dana, unit trust melabur dalam:

  • Saham (ekuiti)
  • Bon/sukuk
  • Derivatif
  • Hartanah
  • Komoditi
  • Cash & cash equivalent.

Jadi, unit trust pun ada jenis yang melabur dalam saham (ekuiti). Bezanya kita sebut pemilikan saham secara tak langsung. Jangan ingat bila dah melabur unit trust, pasaran saham tak ada kaitan langsung dengan kita.

Nak beli saham bermula dengan membuka CDS / trading account dengan mana-mana syarikat broker atau bank pelaburan.

Nak beli unit trust, ada lima (5) cara, iaitu melalui:

  • unit trust consultant. Cara paling biasa.
  • bank. Selalunya bank buat cross selling dengan produk bank lain.
  • asset management company. Fund manager uruskan portfolio pelaburan unit trust kita.
  • licensed financial planner. Melalui wrap account.
  • online platform. Untuk pelabur yang reti uruskan portoflio pelaburan unit trust sendiri.

Berapa lama nak hold saham bergantung kepada strategi sesuatu portfolio saham itu dibuat. Tak sepatutnya timbul isu saham untuk short term, unit trust untuk long term. Hanya pelaburan unit trust jenis money market untuk tujuan cash management jangka masa pendek.

Tentang isu kepatuhan Shariah pula, saham dan unit trust keduanya ada pilihan patuh Shariah. Ada garis panduan sekuriti patuh Shariah yang telah dibangunkan menerusi Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market) Malaysia.

Untuk membeli saham, modalnya bergantung kepada harga saham seunit, ada yang dapat bermula dengan modal 100 ringgit ada yang perlu ada modal lebih dari RM 10,000.

Pergerakan harga saham dipantau melalui harga sesaham atau seunit. Pembelian minima adalah 100 unit bersamaan dengan satu lot.

Manakala unit trust pula perlu rujuk prospectus / fund factsheet. Ada yang bermula dengan modal RM 500, ada yang perlu lebih dari RM 1,000.

Manakala unit trust menggunakan nilai aset bersih (NAB) atau net asset value (NAV).

Berbanding saham, kos jual beli unit trust dikira melalui NAB. Justeru, pengiraan kos sebagai contoh 5% sales charge bukan dikira melalui modal yang dilaburkan.

Seterusnya, portfolio pelaburan saham tidak ada instant diversification seperti unit trust. Oleh sebab itu, unit trust sangat efisyen untuk pelabur yang bermodal kecil.

Apabila melabur saham sendiri, kita dapat bina satu portfolio sendiri mengikut pelbagai strategi yang ada. Ada growth, value, top down, small cap, big cap dan seterusnya. Boleh buat unique & customized investment portfolio.

Manakala untuk unit trust, agak sukar nak bina satu portfolio pelaburan seperti saham kerana banyak bergantung kepada strategi fund manager. Dan strategi fund manager ini dapat berubah-ubah. Apa yang dapat dibuat dengan unit trust ialah bermula dengan menetapkan asset allocation asas seperti ini:

  • x% dalam money market fund
  • y% dalam fixed income fund
  • z% dalam equity fund


Baca Nota Pakdi menerusi emel: