Berapakah Modal Yang Diperlukan Untuk Memulakan Pelaburan Saham?

Untuk melabur perlukan sejumlah modal (capital). Keperluan modal adalah berbeza-beza mengikut tahap pelabur.

  • Baru hendak mula melabur? (Zero)
  • Sudah mahu mengembangkan modal secara serius? (Beginner)
  • Nak menjana pendapatan pasif dalam pasaran saham? (Advance)

Kiraan Asas Pembelian Saham

Sebagai pelabur, wajib tahu cara kira kos pembelian saham, dan modal membeli 1 lot saham, maka sila baca:

Modal Pelabur Zero Knowledge

Sebagai pelabur zero, baru nak cuba-cuba, seribu pun dah mencukupi.

Tapi modal sebanyak itu tak berbaloi. Hanya sesuai untuk tujuan belajar, feel the market sahaja. Tak lebih dari itu.

Modal Pelabur Beginner

Sebagai pelabur beginner, mulakanlah paling kurang 10 ribu ringgit.

Jika ada 50 ribu lebih baik.

Laburkanlah sejumlah modal yang mana kalau rugi 100 peratus pun masih tak jatuh miskin.

Modal Pelabur Advance

Untuk tuan puan yang merancang untuk nak retire dengan saham, pelaburannya mesti sampai 7 angka.

Jadi kena ada perancangan pelaburan, supaya melabur dengan konsisten sampai cukup nilai pelaburan tadi mencecah 7 angka.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: