Pelabur Newbie? Buat Simpanan Asas Segera

Melabur dengan duit lebih yang kita ada dan bukannya untuk dapat duit lebih tiap-tiap bulan.

Pelaburan dibuat supaya pada masa depan hasil pelaburan seperti dividen dapat menggantikan gaji.

Selalunya newbie mula melabur dengan modal 3,4 angka sahaja. Dan bagi membolehkan pelaburan memberikan pendapatan passive income yang cukup, modalnya perlu bernilai 7,8 angka.

Peringkat Mengumpul Kekayaan (Accumulation)

Dalam Islam, zakat ternakan kambing hanya wajib dibayar selepas dah ada 40 ekor kambing. Jika baru ada 20 kambing, walaupun dah nampak banyak tapi sebenarnya belum cukup banyak.

Newbie yang baru melabur pun macam itu.

Modal yang ada mungkin ibarat sepasang kambing jantan betina, supaya dapat beranak dan terus beranak. Cuma kalau nak tunggu sepasang kambing tu beranak sampai banyak jenuh.

Tapi jangan risau, itu bukan satu-satunya cara nak kembangkan jumlah kambing tu. Cara lain ialah dengan membeli kambing dari orang lain.

Malah anak kambing yang ditunggu-tunggu mungkin jatuh sakit dan mati. Dan sebab kambing-kambing ni asyik mati dan kita tidak ada “reserve” yang cukup mula lah buat panic selling dan panic buying. Tapi jika kita ada “reserve” maka kita pasti lebih rasional buat keputusan.

Itulah fasa accumulation.

Bermula Dengan Basic Savings

Cukupkan simpanan asas sebanyak 6 bulan gaji. 7 bulan pun boleh. 12 bulan pun ok. Yang penting jangan kurang dari 6 bulan gaji.

Jika dah masih belum cukup, ini yang anda dapat buat.

1. Buat arahan tetap supaya setiap bulan supaya potong 10 peratus dari duit gaji masuk ke dalam tabung kecemasan. Lagi tinggi potong lagi cepat penuh.

2. Setiap kali dapat duit RM 5 maka asingkan siap-siap. Sampai rumah terus simpan dalam tabung khas.

READ  Pelabur Bijak Pasti Buat Perkara Ini - Spread The Risk!

3. Bila dah berjaya dengan teknik ‘Simpan Si Hijau’ diatas dapat upgrade untuk simpan duit RM 20 pula.

4. Adakan tabung khas di rumah untuk kumpul duit-duit syiling yang diterima selepas berbelanja.

5. Pakai kad kredit, swipe dan terus buat pembayaran secepat mungkin. Hutang kad kredit menimbun langsung tak membantu.

6. Setiap bulan rancang perbelanjaan dengan cermat. Gunakan kaedah sampul untuk berbelanja.

7. Buat bisnes kecil-kecilan. Yang bemodal rendah. Margin untung tak tinggi pun tak mengapa. Tapi mesti jenis boleh repeat sales cepat.

Selepas dah buat 7 perkara di atas, maka kena bijak menyimpan. Simpan di mana? Berikut adalah pilihan-pilihan yang ada sebagai tempat menyimpan.

a. Tabung fizikal sementara nak ‘letak’ RM 5, RM 20 dan syiling sebelum dimasukkan ke tempat simpanan yang sesuai seperti berikut.

b. Amanah saham dari Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) seperti ASB, ASB2, ASB3 dan dana berharga tetap yang lain.

c. Seterusnya Tabung Haji.

d. Akaun simpanan biasa yang ada ada kad ATM. Sesuai untuk loving couple yang nak buat tabung kecemasan sama-sama.

e. Fixed deposit atau simpanan bertempoh. Bank.

f. Money market fund. Unit trust. Ada agihan untung setiap bulan.

Selepas dah cukup sasaran basic savings (nak panggil tabung kecemasan pun ok) maka, maka pada bulan seterusnya kita dah tak perlu buat aktiviti menyimpan lagi.

Disiplin mencipta “duit lebih” itu kita teruskan, dan hasilnya kita masukkan dalam portfolio pelaburan pula. Sekarang dah dapat fokus kepada aktiviti melabur.

Ibarat macam beli tambahan sepasang atau berpasang-pasang kambing pula.

Sekiranya masih belum cukup basic savings, anggaplah tengah belajar jadi pengembala yang baik dengan modal kecil yang sedia ada. Dan bukan berharap modal RM 1 ribu dapat berkembang jadi RM 1 juta.