Bagaimana Nak Tahu Status IPO Patuh Shariah?

Status halal sesuatu IPO boleh jadi ‘tricky’ kerana statusnya tidak disahkan lagi oleh Suruhanjaya Sekuriti sehinggalah penyenaraiannya selesai dan selamat didagangkan.

Berikut ialah 3 panduan asas:

(1) Dapatkan maklumat melalui prospektus yang dikeluarkan. Hari ini prospektus dapat diperoleh secara online. Jika tidak pasti sila berhubung dengan syarikat broker, jabatan ‘investor relations’ syarikat tersebut dan pihak berwajib seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

(2) Rujuk syarikat broker. Jika prospektus tidak menyatakan hal patuh Shariah, maka dapat rujuk dengan syarikat broker kerana ada syarikat broker seperti BIMBSEC yang membuat semakan awal untuk perkara sedemikian.

(3) Tunggu sampai ada pengesahan sekurit patuh Shariah. Jika pada peringkat IPO masih belum ada pengesahan, maka kalian disarankan untuk tidak membelinya terlebih dahulu. Sehinggalah sekuriti itu disahkan patuh Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: