Bagaimana Nak Melabur

Ada dua (2) cara. Sama ada kita nak buat secara do-it-yourself (DIY) atau pun mendapatkan bantuan dari individu-individu berlesen.

Kemudian pelaburan pun ada banyak jenis. Sebagai contoh pelaburan saham di Bursa Malaysia merupakan pelaburan dalam listed securities. Manakala, unit trust pula unlisted. Maka, selain jenis pelaburan yang berbeza, prosedur nak buka akaun pun tak sama.

Nota ini bertujuan untuk memberikan panduan awal sahaja sebagai pembuka jalan melabur dalam pasaran modal.

Siapakah Individu Berlesen?

Dalam pelaburan, mereka yang selalu berurusan dengan orang ramai (retail investor) ialah:

  • Unit trust consultant
  • Private retirement scheme (PRS) consultant
  • Licensed Financial Planner
  • Remisier / dealer
  • Futures broker representative

Dan terbaru ialah marketing representative (MR) dan skop kerja mereka lebih kepada introducer sahaja kepada mana-mana syarikat berlesen.

Ada banyak lagi individu berlesen dan berdaftar seperti fund manager, analyst, corporate finance advisor, Shariah advisor tapi yang kebiasaannya berurusan dengan kita ialah seperti yang ditulis awal tadi.

Jadi, pastikan berurusan dengan individu berlesen sahaja. Caranya semak melalui dua link berikut:

Unit trust consultant dan PRS consultant kita semak dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).

Financial Planner, remisier / dealer / futures broker rep melalui Securities Commission (SC) Malaysia.

DIY atau tidak?

Sebelum transaksi secara online diperkenalkan, majoriti dari kita memang perlu berjumpa dengan mereka untuk mula melabur. Isi form. Telefon. Isi dokumen transaksi.

Hari ini kita dah lebih mudah nak jadi DIY investor sebab kemudahan online. Lepas pergi kelas, belajar dari sifu Google, tonton video YouTube maka kita pun dah dapat mula melabur sendiri.

Sebagai DIY investor, sekiranya tak dapat elak dari berurusan dengan individu berlesen yang disebutkan maka pastikan jelas apa jenis bantuan yang diperlukan dari mereka. Contoh macam nak buka CDS & share trading account yang mana ketika nota ini ditulis masih perlu jumpa remisier / dealer atau MR.

READ  Urus pelaburan

Ini kerana secara umumnya ada dua jenis “relationship” yang ada, iaitu sama ada (1) transactional basis atau (2) advisory basis.

Transactional basis maksudnya kita hanya perlu khidmat mereka dalam urusan jual beli sesuatu pelaburan sahaja dan bukannya khidmat nasihat pelaburan. Kita dah pandai pilih pelaburan sendiri. Tahu buat asset allocation sendiri. Reti bila nak ambil untung. Dan harus diingat, transaction menjana komisyen.

Manakala advisory basis pula adalah kita perlu lebih dari sekadar transaction. Fee yang dibayar kepada mereka disebabkan nasihat pelaburan yang kita nak dapat dari mereka. Dan dari 5 individu yang biasa berurusan dengan retail investor ini hanya financial planner sahaja yang mempunyai autoriti untuk bagi nasihat pelaburan yang lebih menyeluruh (tidak terhad kepada 1 jenis produk) dengan menyediakan investment plan / investment policy statement.

Maka tuan puan perlu menjawab soalan-soalan berikut:

  • Sejauh mana ilmu pengetahuan tuan puan dalam pelaburan?
  • Tahu tak pelaburan mana yang bagus?
  • Sanggup tak nak bayar hourly profesional advice?
  • Nak sales charge / bayar komisyen tinggi ke rendah?
  • Ok tak nak bayar advisory / wrap fee?
  • Ada masa tak nak monitor pelaburan sendiri?
  • Ada komitmen tak nak buat kajian pelaburan sendiri?
  • Ada komitmen tak nak belajar pasal pelaburan?

Dan jawapan dari soalan-soalan sebegini dapat menentukan bagaimana cara terbaik untuk tuan puan melabur, samada (1) DIY atau (2) dengan bantuan individu berlesen.