Bagaimana Menguruskan Pelaburan Dengan Bijak & Bersistematik?

Bila kita nak melabur, kita ada dua pilihan:

  1. Urus sendiri (do-it yourself)
  2. Upah individu berlesen

Kedua-duanya ada baik dan buruk.

#1 Urus Pelaburan Sendiri

Kita dapat menjadi pengurus pelaburan sendiri.

Kelebihan utama cara pengurusan pelaburan ini ialah penjimatan kos. Kita tak perlu bayar untuk investment plan. Tidak ada advisory fee. Malah dengan menguruskannya secara online kos utama seperti sales charge (komisen untuk ejen) menjadi sangat rendah.

Walaupun begitu ada harganya tersendiri. Lebih-lebih lagi kalau pengurus pelaburan tadi (kita lah tu) bodoh. Tak ada ilmu dalam pelaburan. Nak pilih saham pun cari tips di media sosial. Baca fact sheet unit trust pun tak tahu. Beza FCPO dengan soy bean pun tak reti.

Jadi siapa nak urus pelaburan sendiri, kena invest yourself first. Pergi kelas belajar, banyakkan membaca dan kena beri komitmen yang tinggi.

Secara umumnya tak ada masalah membuat keputusan nak urus pelaburan sendiri ketika usia masih muda. Usia persaraan ada lagi 35 tahun nak capai. Kebiasaannya pada usia sebelum 30 tahun duit simpanan pun tak berapa banyak. Maka rugi beberapa ribu sahaja tidak memberikan kesan yang besar terhadap portfolio pelaburan untuk jangka masa panjang.

Tetapi jika dah dekat dengan usia persaraan, ilmu pelaburan saham takde, tetapi dah boleh withdraw duit simpanan KWSP sampai 7 angka. Terus urus pelaburan saham sendiri, maka tindakan seperti itu memang mencari penyakit kewangan.

#2 Upah Individu Berlesen

Benjamin Graham dan David Dodd, penulis buku Security Analysis dan juga profesor pelaburan Universiti Columbia menyatakan, “The investor should not be his sole consultant unless he has training and experience sufficient to qualify him to advise others profesionally.”

Tugas utama seorang penasihat pelaburan bukannya untuk menjana keuntungan paling besar. Tetapi kita mempunyai penasihat pelaburan untuk mengelakkan kita buat kesilapan dalam pelaburan seterusnya menyebabkan kita rugi beratus ribu ringgit!

Jadi bila sudah menetapkan nak upah orang lain untuk urus pelaburan kita, maka antara perkara asas ialah kita perlu tahu siapakah individu berlesen yang ada di pasaran. Secara umumnya ada dua.

  1. Ejen / individu yang mewakili syarikat pelaburan dan menjual kepada kita produk pelaburan.
  2. Individu yang mewakili kita untuk mencari pelaburan yang sesuai.

Siapa pun yang kita pilih, yang perlu kita faham ialah kita nak individu berlesen tersebut menjadi one stop center atau kita nak berurusan dengan pelbagai individu.

Hari ini seseorang itu dapat jadi unit trust consultant, ejen takaful dan juga Islamic estate planner (yang jual wasiat tu). Malah tak mustahil dia juga dapat jadi tax agent kita! Jadi kita dapat pilih individu yang dapat tawarkan kesemua servis sebegini. Senang.

Keburukannya ialah kita barangkali tidak dapat menerima second opinion. Macam mana kita nak tahu pelaburan yang dicadangkan bagus atau tidak. Dari banyak-banyak pelaburan …

Cara seterusnya ialah kita berurusan dengan pelbagai individu berlesen. Tak berapa selesa. Tapi kita dapat menerima lebih banyak informasi, jika itu yang kita nak.

  • Marketing representative beritahu itu.
  • Unit trust consultant beritahu ini.
  • Remisier saham cakap begini.
  • Fund manager beritahu begitu.
  • Financial planner cadang macam ini.
  • Futures broker representative cadang macam ini.

Tidak ada cara yang perfect. Tetapi pilih lah cara menguruskan pelaburan yang sesuai dengan keperluan kita. Sebagai pelabur kita perlu membuat informed decision dan bukannya emosi.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: