Pada Ogos 2018, saiz pasaran syarikat Apple mencecah $1 trilion.
Harga tawaran awam awal (IPO) Apple setelah stock split adjustment ialah 39 sen sahaja. Ketika nota ini ditulis, harganya sekitar $150 sesaham.
Jadi, siapa yang beli saham Apple sejak IPO maka keuntungan modal yang dicapai adalah dalam 56,465.09%. Tapi untuk dapat untung macam itu mereka perlu merasai kejatuhan harga sehingga 80% bukan sekali, tapi dua kali!
Bisnes ‘Budak Kecik’
Apple bermula di belakang rumah je. Sama macam budak-budak Melayu yang lain yang suka berniaga. Niaga kat simpang. Bukak kedai kat tempat paling ceruk, nak cari pun sesat. Bukan mula niaga terus buka kedai dalam Pavilion.
Pada 1975, ada kedai komputer The Byte Shop yang bagi peluang kepada Apple untuk jual komputer mereka. Waktu tu personal computer (pc) adalah benda yang asing, tak macam sekarang.
Waktu Steve Jobs dan Steve Wozniak nak siapkan pesanan kedai tu, diorang menghadapi masalah nak dapatkan supply barang-barang nak buat komputer sebab takde duit. Sama macam budak Melayu nak meniaga. Idea ada. Kemahiran ada. Tapi modal tadak.
Apa yang berlaku, pemilik kedai The Byte Shop, Paul Terrell jadi semacam ‘personal guarantor’ kepada Jobs & Wozniak kepada pembekal barangan untuk siapkan komputer tu.
Dengan wujudnya orang macam Paul Terrell, dapatlah Apple hasilkan 50 komputer berharga $500 satu kepada The Byte Shop. Itu satu.
Dari Budak Kecik Ke Budak Besar
Kejayaan siapkan projek 50 komputer tu menjadi perangsang untuk Apple pergi jauh.
Tapi sekali lagi Apple takde modal. Pergi bank, bank tak mau bagi pinjam duit. Bisnes kecik lagi. Belum ada rekod kredit.
Maka macam mana kembangkan bisnes kalau ada isu modal?
Kali ini datang ‘malaikat’ bernama Mike Markkula. Encik Markkula setuju beri $250 ribu dalam bentuk ekuiti + hutang.
Ekuiti sebanyak $80 ribu dan hutang sebanyak $170 ribu. Dengan itu, Encik Markkula pegang 1/3 saham Apple dan jadi pekerja nombor tiga (3) selepas Jobs & Wozniak.
Suntikan modal dari angel investor ini membolehkan Apple terus berkembang. Mike Markkula pula dapat mencari modal tambahan dari angel investor, private equity dan venture capital yang lain dan akhirnya berjaya apungkan syarikat Apple dalam bursa saham NASDAQ pada 12 Disember 1980.
Angel Investor, Private Equity (PE) Dan Venture Capital (VC)
Mr Markkula adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple yang kedua.
Orang kenal Steve Jobs. Malah sampai tahap mendewakan pun ada. Orang kenal Steve Wozniak.
Tapi orang-orang macam Paul Terrell dan Mike Markkulla adalah sama penting. Orang begini dalam masyarakat Melayu digelar kapitalis. ha ha ha.
Bila sebut pelaburan, barangkali ramai daripada kita tak melibatkan diri menjadi pelabur malaikat (angel investor) atau melabur dalam ekuiti persendirian (private equity) macam Mike Markkulla dan kawan-kawan.
Pelaburan pada peringkat ini mempunyai risiko pelaburan yang paling tinggi kerana macam mana kita nak tahu Apple tu berjaya macam sekarang? Nobody knows!
Tapi disebabkan keberanian mengambil risiko lebih dari orang lain, menyebabkan PE investor berpotensi mendapat keuntungan yang paling besar. Dan sudah tentu potensi rugi pun besar!
Pada peringkat IPO, Apple berjaya meraih $101 juta. Harga saham melonjak tinggi pada hari IPO dan nilai pasaran Apple menjadi $1.778 bilion. Encik Markkula mempunyai lebih 7 juta saham dengan modal pelaburan tunai $80 ribu. Keuntungan yang diperoleh ialah $203 juta!
Inilah cerita ringkas bagaimana nak buat duit dengan menjadi pelabur persendirian awal dalam syarikat budak kecik yang akhirnya berkembang jadi syarikat budak besar.