Apakah Takaful Yang Terbaik?

“Pakdi, saya plan nak ambil takaful. Tapi ada banyak di luar sana. Pada Tuan produk takaful apa yang bagus?”

Takaful Adalah Perlindungan

Takaful atau insurans patuh Shariah ini bertujuan untuk melindungi harta & kekayaan kita yang sedia ada. Konsepnya ialah sediakan payung sebelum hujan.

Dengan adanya takaful, maka kita dapat menyediakan bekalan kewangan tanpa usik terlalu banyak duit simpanan dan aset pelaburan sedia ada. Antara persediaan kewangan yang perlu dibuat ialah sekiranya kita:

  • Mati
  • Lumpuh
  • Menghidap sakit kritikal
  • Dimasukkan ke hospital
  • Kemalangan

Jadi bila berlaku situasi seperti di atas, bagaimana keluarga dan tanggungan kita mahu meneruskan hidup seperti biasa? Jika kehidupan mereka akan terjejas maka itu adalah petunjuk awal yang kita memerlukan takaful sebagai usaha kita untuk melindungi risiko kewangan sedia ada.

Selain untuk melindungi diri sendiri, takaful juga berperanan untuk melindungi harta sedia ada seperti rumah, kereta, kilang, aset perniagaan sehinggalah bisnes digital. Secara umumnya:

  • Takaful Keluarga iaitu sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada pemegang polisi
  • Takaful Am iaitu sekiranya berlaku kerosakan terhadap harta benda

Analisa Kewangan

Takaful yang terbaik adalah polisi yang dapat memenuhi keperluan diri sendiri.

Buat analisa kewangan untuk menilai keperluan diri dan keluarga sebelum mendapatkan perlindungan takaful. Apabila analisa kewangan telah dibuat maka kita pasti mengambil polisi yang diperlukan sahaja.

Maka apabila membuat penilaian kewangan untuk menentukan keperluan takaful, kita perlu bersedia berkongsikan maklumat-maklumat tertentu seperti:

  • Pendapatan bulanan
  • Perbelanjaan bulanan
  • Senarai harta
  • Senarai hutang
  • Waris dan tanggungan
  • Maklumat kesihatan (jika perlu)

Perbandingan Pelbagai Jenis Polisi / Produk

Objektif mengambil takaful itu satu perkara. Seterusnya adalah tentang jenis-jenis polisi yang ada di pasaran. Antaranya:

  • Term.
  • Investment-linked.
  • Endowment.
  • Stand alone medical card.

Maka selepas membuat analisa kewangan, langkah seterusnya adalah membuat perbandingan jenis-jenis polisi yang ada di pasaran.

  • Apakah kelebihan term policy?
  • Apakah kelebihan investment-linked?
  • Apakah manfaat ambil stand alone medical card?

Dan seterusnya.

Selepas membuat sekurang-kurangnya 2 langkah di atas, analisa kewangan yang dengan terperinci dan perbandingan jenis polisi / perbandingan produk dari pelbagai syarikat yang ada, maka barulah kita dapat tahu apakah produk takaful yang terbaik untuk diri kita.


Baca Nota Pakdi menerusi emel:

One thought on “Apakah Takaful Yang Terbaik?

Comments are closed.