Apakah pelaburan terbaik?

Nabi Musa a.s menyuruh kaumnya mencari seekor lembu betina untuk disembelih. Mudah. Straight forward sahaja arahannya. Tapi begini lah perangai Bani Israel. Benda simple jadi komplikated. Mereka pun bertanya:

  • Lembu yang macam mana?

Nabi Musa a.s. pun menjawab, “Lembu yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua,”

  • Warna apa?

Jawab Nabi Musa lagi, “Lembu berwarna kuning.”

  • Susah tu nak cari. Cecite lagi.

Nabi Musa lalu berkata, “Lembu yang tak pernah membajak sawah, tak pernah mengangkut air, tak cacat dan juga tidak  berbelang / bertompok,”

Disebabkan perangai “terlalu banyak bertanya” ini maka mereka hampir-hampir tidak menunaikan perintah Allah itu tadi. Sedangkan arahannya mudah sahaja, sembelih lah seekor lembu betina.

Pelaburan pasaran modal (capital market) ni banyak. Ada yang laju. Ada yang perlahan. Ada yang sederhana lajunya. 

15 tahun lepas saya bermula dengan unit trust.

Untung? Ha ha ha. Bukan salah unit trust. Salah saya sendiri. Saya pergi cari unit trust yang baru lepas buat untung 70% tahun lepas dan seterusnya menang anugerah. Ketahuilah, itu adalah cara melabur dalam unit trust yang paling senang nak rugi.

Dah jadi macam tu bukan tahu nak bertaubat. Berlagak. Darah muda. Trade derivatif pula. Pasaran hadapan. Futures market. Sesungguhnya barangsiapa yang berkata pasaran saham tu laju, high risk, ketahuilah dia belum lagi kenal apa itu futures market. Saya buat duit dalam satu market, buang duit dalam market lagi satu. Padan muka.

Akhirnya saya memilih kenderaan pelaburan yang berkelajuan sederhana. Ada masa dapat bawa laju, ada masa dapat bawa perlahan. Iaitu pelaburan saham. 

Sekarang saya tak pilih pun kenderaan yang laju e.g. futures. Sedangkan ikut logik pelabur baru, yang cepat buat untung, yang boleh dapat untung hari-hari itu lah pelaburan yang terbaik. 

Hakikatnya pelaburan terbaik itu adalah bergantung kepada apa yang kita tahu pasal harta tu. ASB sekali pun siapa yang tak reti guna akhirnya rugi juga =)

Dan kerja saya sekarang ialah membantu mereka yang dah ada modal paling kurang 200 ribu ringgit tetapi tak ada masa nak labur saham sendiri. Siapa minat, baca sini.

Pelaburan pasaran modal apa yang ada di Malaysia ni? Banyak, antaranya:

Ekuiti i.e. saham
Bon dan sukuk (bon patuh Shariah)
Unit trust
Real estate investment trust
Exchange traded fund
Private retirement scheme
Derivatif
Equity crowdfunding
Peer to peer financing

(Ya. Ada pelbagai lagi pelaburan selain unit trust)

Maka, nak sembelih lembu betina yang mana? Tak payah banyak tanya. Bukan suruh cari babi i.e. investment scam. Dari banyak-banyak senarai yang ada tu, tutup mata dan pilih satu lalu bermula. 

Jangan.Banyak.Tanya.

Terus buka akaun. 

Jalan terus.

Kita tak perlu tunggu jadi pakar baru nak bermula. Ada duit lebih bermula lah. Waktu saya trade futures market tu dulu, saya tak tahu banyak benda pun. Tapi lepas tu saya belajar dan terus belajar. Kelas pergi. Baca buku. Dan yang paling penting terus buat.

Sebab dah bermula itulah saya kenal Benjamin Graham, Warren Buffett, Phillip Fisher, John Bogle, Charlie Munger dan seterusnya. Baru tahu macam-macam benda bila dah bermula. Jika langsung tak bermula, mungkin duit saya habis pada kereta mahal. Ho ho ho. Dan saya habiskan banyak duit saya dengan melabur dalam diri saya dahulu.

Orang muda, yang masih belum sampai umur 30 tahun dapat ikut cara ini. Sebab masih ada banyak masa nak buat silap. Modal bila rugi 100% pun masih ok sebab bukan nak pencen esok pun. Selalunya orang muda duitnya aje yang belum sampai, dan masa adalah kelebihan paling besar. Jadi ok lah kalau ter-rugi pun.

Berbanding mereka yang sudah semakin ‘hilang masa’ (orang yang tinggal 20 tahun nak retire), memang sukar melabur dengan cara ini. Sebab perlu 10 tahun untuk jadi betul-betul pandai. Maka cara yang lebih baik ialah sewa otak individu-individu yang berlesen ni. Upah mereka buat satu perancangan pelaburan tailor-made

Time value of money. Duit kalau disimpan aje lama-lama habis nilainya. Lebih 10 tahun lepas, air tebu cuma 2,3 ringgit satu jag buat minuman berbuka puasa. Sekarang paling kurang 5-6 ringgit. 

Melaburlah. Supaya bila harga barang naik (price hike) sekalipun kita masih dapat berbelanja macam biasa. Kita tak dapat kawal harga barang tapi kita dapat kawal berapa kita dapat labur tiap bulan.

Jangan disebabkan terlalu banyak bertanya, nak cari pelaburan terbaik punya pasal sampai langsung tidak membuat sebarang pelaburan. Tahu-tahu aje pergi pasar Ramadhan bawa 10 ringgit dah tak dapat beli apa-apa!


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: