Satu pagi, makcik karipap datang mengadu.
Isu had untung yang Islam benarkan dalam perniagaan.
Makcik karipap: Ustaz, betul ke saya tak boleh jual lebih sikit?
Saya: Ikut akak lah nak jual berapa, selagi mana ada orang nak beli. Kenapa?
Makcik karipap: Diorang la, orang-orang atas tu kata saya tak boleh jual ambil untung lebih 100%. (Merujuk kepada bangunan pejabat)
Saya: Akak dah kena dah ni. Dalam Islam, ikut akak nak jual berapa-berapa pun. Jual mahal, orang mungkin tak mahu beli. Jual murah, akak pulak tak untung. Nak pusing modal lagi. Akak nak bagi makan minum anak lagi. Jadi, pandai-pandai akak nak tentukan harga yang sesuai. Kalau dah memang kena naikkan harga, nak buat macam mana.
Makcik karipap: Betul ke ni? Lega hati akak.
Saya: Betul. Nanti kalau ustaz A datang beli, akak boleh tanya dia juga.
Begitulah yang berlaku dalam masyarakat. Gaji besar, kereta besar tetapi mahu beli karipap murah. Seolah-olah makcik karipap tidak mahu gaji besar dan kereta besar macam mereka juga.
Kita jangan sampai mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. Dua-dua dilarang dalam Islam.
Had Keuntungan Perniagaan Dalam Islam
Resolusi fatwa no 46 (8/5)
Akademi Fiqh OIC yang bersidang di Kuwait pada 1-6 Jamadil Awwal 1409H / 10-15 Disember 1988 memutuskan:
1. Prinsip asas al-Quran dan as-Sunnah adalah setiap individu bebas berjual beli berdasarkan prinsip dalam surah an-Nisaa’ ayat 29:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan cara yang salah kecuali dengan jual beli suka sama suka…
2. Tidak ada had keuntungan atas seseorang peniaga dalam sesuatu transaksi. Secara umumnya bergantung kepada peniaga, industri, konsep perniagaan dan barang jualan. Peniaga juga perlu menitik berat etika perniagaan Islam yang sewajarnya
3. Dalam perniagaan, Islam melarang perbuatan-perbuat jahat seperti penipuan, pemalsuan, menyorokkan maklumat penting, monopoli yang memberi kesan buruk dalam masyarakat.
4. Kerajaan juga tidak boleh terlibat dalam menetapkan harga sesuatu barang kecuali dalam keadaan tertentu (seperti untuk memecahkan monopoli, kartel perniagaan yang berpakat menaikkan harga). Dalam keadaan tersebut, kerajaan perlu masuk campur untuk menghapuskan perbuatan jahat tersebut.
24 thoughts on “Apakah Islam Menetapkan Had Keuntungan Perniagaan?”
good post. tq pakdi
owhh..baru tahu..
tapi macam mana pulak kalau kite beli barang yang telah dikawal/ditetapkan harga oleh kerajaan, kemudian kite jual barang tersebut pada kadar yang tinggi sikit, boleh ke..?
Tindakan kerajaan mengawal harga itu sendiri adalah sesuatu yang dapat dipersoalkan, justeru saya tidak dapat menjawab soalan tuan.
mungkin kerajaan ada alasan kajian dilakukan ke atas barangan kawalan . Jika barangan kawalan itu menjadi satu faedah kepada pihak penjual dengan mendapatkan keuntungan (bukan dari permintaan dan penawaran yang sebenar) maka adalah wajar sebab perniaga sekarang tak macam dulu yang jujur berniaga.. pandangan sayalah.. sebagai contoh pasaran daging ayam, jika sebelum perayaan, pemborong boleh mendapat keuntungan dari penjualan tetapi mengapa dalam perayaan mereka cuba menaikkan barang. Jika alasan bahawa mereka terpaksa mengimport ayam dari luar dan kosnya tinggi & mungkin munasabah untuk menaikkan harga. Tetapi yang peliknya selepas perayaan, harga ayam terus mendadak jatuh…Jika benar ayam itu diimport dan kosnya tinggi (jika dimport) mengapa boleh turun harga dengan cepat.
Pernah dengar ceramah pasal keuntungan 100% ni. Apa yang diberitahu, tidak dibenarkan keuntungan 100% daripada harga semasa. Contohnya, harga semasa sebiji karipap bersaiz biasa, berperisa yang sama di Taman Tun Dr. Ismail adalah 50 sen, maka tak dibenarkan mengambil kesempatan keuntungan dengan menjualnya sehingga rm1.00 sebiji. Mgkin Tuan boleh berikan pemahaman Tuan terhadap pengertian ‘al-ghabnu’. Dan pemahaman Tuan terhadap Surah Ali Imran ayat 130.
Alhamdulillah, sebelum ini saya pernah diaju persoalan mengenai keuntungan di dalam Islam. Dialog yang disertakan di dalam entri ini sungguh mudah untuk difahami. Pengajaran di sebaliknya juga berjaya disampaikan.
Terima kasih diucapkan. 🙂
1. Perihal ghabn ini ditentukan oleh uruf, bukan oleh margin untung. Ghabn ini juga dapat berlaku sekiranya ada monopoli.
2. Dalam kes penjual karipap A jual RM 0.50 dan penjual karipap B jual RM 1, belum cukup jadi ghabn.
3. Ayat 130, surah ali-Imran adalah ayat berkenaan riba, dan bukannya jual beli. Ayat tersebut merupakan peringkat 3 pengharaman riba.
Tambahan maklumat:
Hadis Anas bin Malik, dia berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.”
surah Ali Imran ayat 130
dalam ayat ini ada menyatakan ” janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda”…tapi kalau tidak berlipat kali ganda dan hanya bersederhana sahaja,bagaimana pula..?
kite sedia maklum bahawa bank akan mengenakan riba dalam urusan seperti pinjaman, keuntungan dari pihak bank mungkin datang dari riba itu, bagaimana pula gaji yang diterima oleh pekerja bank tersebut?
Pengharaman riba peringkat 4 / akhir / mutlak adalah ayat 275-280 surah al-Baqarah. Justeru, riba ambil sedikit pun haram, banyak pun haram.
Manakala dalam jual beli, untung sikit pun boleh, untung banyak pun boleh.
Menggelabah sebentar baca artikel ini.
Harga karipap besar di tepi RnR Bukit Dukong harganya RM1/seketul.
Harga karipap besar di KLCC harganya sampai RM3/seketul.
Harga karipap besar di MidValley harganya juga sampai RM3/seketul.
Apa beza rumah banglow di Kota Damansara dengan Batu Gajah? Harga ditetapkan pada tahap tertentu selagi ada orang sanggup membeli tidak kiralah karipap mahupun rumah.
Artikel yang baik, mendidik emosi supaya rasional dan stabil.
Berdasarkan permintaan dan penawaran, Jika ada pihak yang ingin membeli dengan harga tinggi maka tak salah penawaran harga juga dilakukan pada harga tinggi. Walaubagaimanapun isu harga yang tinggi tidak melibatkan usaha pihak berwajib dalam membantu masyarakat kerana ianya isu berlainan. Penjual memjual produk untuk untung, manakala kerajaan menawarkan produk atas dasar membantu rakyat. Dalam kes rumah, jika harga rumah adalah tinggi maka tanggungjawab kerajaan membina rumah mampu milik untuk rakyat samada melalui anak negeri atau syarikat yang diberikan subsidi.
terbaik artikel ni sebagai panduan menerapkan harga. terima kasih pakdi diatas perkongsian ilmu ini.
jadi, kesimpulannya ialah tiada sekatan dalam mendapatkan keuntungan secara halal. ada kisah sahabat nabi jual kambing dengan keuntungan 100%. nabi puji sahabat itu.
mungkin pakdi boleh tambah details pasal cerita tu. sy ingat2 lupa. thanks pakdi. =)
Terima kasih tuan atas pencerahan ini.. Dah la kita selalu markup berganda.. =)
salam,nk tnye,..jika kite beli sebuah buku dgn harga rm5.00 dan berniat utk berniaga,,kite jual semula buku itu melalui online dgn hrge rm5.50 atau rm6.00…boleh ker tak??
Tido dan lu pikir sendiri.. ..
thnaks pakdi…dah lame cari hukum pasal nie..sbb pernah dgr org cakap kite kena ambil 30% sahaja keuntungan drpd harga kos kite..tapi jikalau difikir2 mcmana nak pusing modal nak membesarkan bisnes, nak beli itu, nak beli ini..
apa2 pun thanks again..love it!
Aslm..saya terlibat dalam jualan langsung (MLM). Oleh kerana saya sebagai stokis, maka saya terpaksa dahulukan duit saya untuk menyeduakan stok-stok barangan tersebut. Walaupun terdapat servis centre di tempat saya tetapi saya lebih suka mendapatkan barang2 tersebut dari HQ iaitu di Kuala Lumpur kerana pihak HQ akan terus memasukkan jualan dalam simpanan barangan mengikut kod stokis saya. Biasanya jika suami saya ke sana saya akan kirim atau saya akan ikut umtuk beli barangan tersebut. Jualan langsung biasanya ada buat promosi setiap bulan yang mana ahli akan dapat membeli mengikut ppromosi tersebut dan akan mendapat diskaun tambahan lagi 10%. Saya sebagai stokis pun tertakluk pada syarat tersebut namun begitu saya akan mendapat 8% dari barangan yang saya beli setiap bulan.
Selain itu tiap2 bulan saya sehaarusnya memasukkan jualan bagi membolehkan ahli memperolehi baucer yang boleh ditolak semasa membeli barangan. Namun begitu ianya mesti mencapai point yang ditetapkan oleh HQ baru lah ahli tersebut layak mendapat point tersebut.
Soalan saya ialah:
1. bolehkah sekiranya saya menjual barangan promosi ikut katalog tanpa ditolak lag 10 % atas alasan menampung kos saya ke Kuala Lumpur?
2. Sekiranya barangan yang dibeli itu tidak saya masukkan jualannya dalam akaun pembeli atas alasan barang yang dibeli tidak cukup point dihujung bulan contohnya untuk mendapat satu point mesti lah mencapai 100 BV dan seterusnya untuk mendapat point kedua mestilah mencapai 200 BV dan begitulah seterusnya. Tetapi ada pembeli yang beli tidak sampai 100 BV pun. Jadi saya tidak masukkan jualan tersebut. Adakah perkara ini dibolehkan dalam Islam?
Sekian diharap dapat memberi pandangan sewajarnya.
Terima kasih
Assalam pakdi, kalau agen mark up harga rumah dlm 10,000 hingga 20,000 dari harga market value adakah dibenarkan dlm islam ye?tq
Comments are closed.