Apa Nak Buat Kalau Saham Tengah Rugi?

Apabila membuat pelaburan saham, bersedialah untuk melihat rugi. Bila rugi bukan bermaksud kita gagal. Rugi adalah syarat untuk untung.

Cuma harga sahaja yang jatuh. Kita belum buat rugi lagi pun. Baru unrealised loss. Bila jual barulah rugi betul-betul. Jadi, kenapa nak jual bila harga saham jatuh? Biasalah tu.

Warren Buffett kata:

You shouldn’t own common stocks if a 50% decrease in their value in a short period of time would cause you acute distress.

Saham syarikat Warren Buffett pun tak terlepas dari jatuh harga sampai 50 peratus. Sekurang-kurangnya 4 situasi berikut dah berlaku terhadap saham Berkshire Hathaway, dan itulah perjalanan yang mesti dilalui nak sampai tahap untung sehingga 1,826,163%

  • Mac 1973 – Januari 1975 : -59.1%
  • 2 – 27 Oktober 1987 : -37.1%
  • Jun 1998 – Mac 2000 : -48.9%
  • September 2008 – Mac 2009 : -50.7%

Jadi, apa yang kita patut buat? Pilihan-pilihan yang ada ialah

  • Jual i.e. cut loss
  • Simpan i.e hold

Jika Pilih Cut Loss

Maka modal pun berkurangan sebab pelabur dah realised kan loss tersebut.

Dan ada pelabur yang bimbang apabila membuat pilihan ini. Sebab nanti kalau naik semula macam mana?

Jika Pilih Hold

Kalau nak hold pula, patut hold sampai bila?

Dalam kepala pelabur, jika saham terus jatuh macam mana? Nanti terus rugi. Kih kih kih.

Saham Memang Volatile

Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana turun naik harga (volatility) dalam pasaran saham berlaku sepanjang pasaran dibuka. Sekiranya tidak berlaku pergerakan harga, maka itu pula namanya tidak ada liquidity.

Maka, kejatuhan (termasuk kenaikan) harga saham untuk jangka masa pendek sebegitu adalah sesuatu yang natural dalam pasaran saham.

Dalam erti kata lain, bercita-cita nak beli saham tapi tak mahu melihat unrealised loss ini berlaku maka tuan tidak payah lah bersusah payah terlibat dalam Bursa Malaysia. Main congkak lagi sesuai.

Sejarah Kegilaan Pasaran Saham Malaysia

Pelabur saham perlu tahu. Kita ada seorang rakan bisnes yang gila. Namanya Mr Market. Kegilaannya seperti berikut:

  • 10 Mac 2008, indeks Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) jatuh merudum 130 mata. Sebab Barisan Nasional hilang 2/3 majoriti kerusi Dewan Rakyat.

Pelik tak ?

Masa 2008, BN hilang majoriti 2/3 pasaran saham jatuh. Kalau logik yang sama diguna pakai – BN semakin lemah, maka pada 2013, selepas kekurangan lagi 7 kerusi Parlimen patutnya jatuh juga. Tetapi KLCI melonjak naik pula.

Bersedia Dengan Volatility

Turun naik harga sebegini adalah satu fenomena yang sukar dijawab. Kita perlu menerima sahaja perangai rakan bisnes kita yang tidak stabil emosinya. Sebagai pelabur kita fokus kepada perubahan nilai bukannya perubahan harga.

Sebagai pelabur kita perlu ambil mesti pandai ambil kesempatan dari kegilaan ini. Harga saham jatuh tidak semestinya bermakna kita dah buat salah dan mesti ambil rugi, barangkali ia adalah peluang lagi untuk membeli lagi.

Semak Balik Catatan Pelaburan

Sebagai pelabur, kita perlu ada catatan.

Apakah yang menyebabkan kita membeli saham tu dulu ?

Serta catatan-catatan berkaitan. Kalau tak catat confirm lupa. Kita bukan buat analisa 1 syarikat sahaja, tapi banyak syarikat lain termasuk syarikat yang belum beli atau tak jadi beli.

Semak balik catatan pembelian saham. Ada tak sebarang perubahan nilai yang perlu dirisaukan. Jika tiada, maka semasa harga jatuh sebegitu, apa yang perlu dibuat ialah beli lagi saham tu. 

Kalau Tidak Ada Catatan Pelaburan?

Barangkali beli sebab ikut tips.

Atau beli ikut khabar angin. Baik dari remiser, kawan, pakcik, sepupu, Malaysiakini termasuklah media bisnes. Ini cara yang salah masa melabur saham.

Kalau dah beli saham ikut tips, sudah pasti tidak ada catatan pelaburan sendiri. Sebab harapkan orang lain bagi buy call tapi terlupa tanya bila patut nak jual. 

Pembelian saham cara sebegitu, itu namanya beli saham dengan mentaliti gambler. Itu bukan cara pelabur saham sebenar. Ini adalah cara pelaburan yang salah.

Belajarlah jadi pelabur sebenar. Mulakan dengan membaca nota-nota yang telah disediakan di sini:

Klik dan baca: Nota Pelaburan Saham Untuk Pelabur Baru


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: