“Pakdi, bagus tak melabur dengan Public Mutual?”
“Kalau unit trust CWA (kini dikenali sebagai Principal), bagus tak?”
Ini adalah soalan biasa yang diterima bila sebut pasal unit trust. Orang akan tanya pasal syarikat dan bukannya dana. Public Mutual sebagai contoh adalah nama syarikat. Antara syarikat lain ialah:
- Aberdeen Standard Islamic Investments (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Affin Hwang Asset Management Berhad
- Aiiman Asset Management Sdn Bhd
- Amanah Mutual Berhad
- Amanah Saham Nasional Berhad
- Amanah Saham Sarawak Berhad
- Amanahraya Investment Management Sdn Bhd
- Amfunds Management Berhad
- Apex Investment Services Berhad
- Areca Capital Sdn Bhd
- BIMB Investment Management Berhad
- Eastspring Investments Berhad
- Franklin Templeton Gsc Asset Management Sdn. Bhd.
- Hong Leong Asset Management Bhd
- Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd
- KAF Investment Funds Berhad
- Kedah Islamic Asset Management Berhad
- Kenanga Investors Berhad
- Libra Invest Berhad
- Manulife Asset Management Services Berhad
- Maybank Asset Management Sdn Bhd
- MIDF Amanah Asset Management Berhad
- Muamalat Invest Sdn Bhd
- Nomura Islamic Asset Management Sdn. Bhd.
- Opus Asset Management Sdn Bhd
- Pacific Mutual Fund Bhd
- Pengurusan Kumipa Berhad
- Permodalan Bsn Berhad
- Pheim Unit Trusts Berhad
- Phillip Mutual Berhad
- PMB Investment Berhad
- Principal Asset Management Berhad
- PTB Unit Trust Berhad
- Public Mutual Berhad
- RHB Asset Management Sdn Bhd
- RHB Islamic International Asset Management Berhad
- Saham Sabah Berhad
- Saturna Sdn Bhd
- TA Investment Management Berhad
- UOB Asset Management (Malaysia) Berhad
Kita tak melabur dalam syarikat. Sebaliknya kita melabur dalam dana-dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut. Jadi untuk menjawab soalan macam tu, susah nak jawab. Sebab jika soalan pasal nak tengok prestasi dana ok lah. hehe.
Unit trust ialah collective investment scheme yang membolehkan sekumpulan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan modal mereka supaya dapat dilaburkan dalam sesuatu portfolio pelaburan.
Pelaburan unit trust diuruskan oleh unit trust management company dan dapat dilaburkan dalam aset-aset seperti:
- Ekuiti
- Bond / sukuk
- Tunai
- Hartanah
- Komoditi
Pelaburan unit trust sangat popular di Malaysia disebabkan ia adalah pelaburan mampu milik. Jadi majoriti dari rakyat Malaysia mampu melabur dalam unit trust. Walaupun bermodal yang kecil, pelabur dapat membuat instant diversification. Selain itu pelabur tak perlu risau tentang masalah nak jual semula unit pelaburan kerana faktor kecairan yang dimiliki. Dan yang paling utama pelabur dapat memanfaatkan khidmat profesional seperti fund manager yang menguruskan sesuatu dana.
Sebagai pelabur adalah penting untuk mengetahui apakah kategori unit trust yang dibeli:
Kategori ekuiti merujuk kepada dana yang melaburkan sebahagian besar duit pelabur dalam pasaran saham. Ada pelbagai variasi unit trust seperti pelaburan dalam:
- Saham-saham mewah (blue chip) sahaja.
- Saham syarikat bersaiz kecil dan sederhana (medium to small cap) sahaja.
- Saham index constituents.
- Pasaran saham- di luar negara.
- Atau kombinasi jenis saham yang disebutkan.
Lazimnya pelaburan dalam unit trust jenis ekuiti berpotensi memberikan pulangan pelaburan yang paling tinggi dibandingkan dengan kategori unit trust yang lain.
Pelabur unit trust ekuiti mestilah bersedia mengambil lebih risiko, mempunyai risk profile yang agresif dan sanggup menghadapi volatility pasaran.
Kategori Fixed Income merujuk kepada unit trust yang membeli bon atau bon patuh Shariah (sukuk). Bon / sukuk merupakan instrumen IOU yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat. Bon / sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat disebut sebagai corporate bond / sukuk.
Pemegang bon beri duit kepada syarikat / kerajaan yang mengeluarkan bon tersebut dalam bentuk ‘hutang’. Maka ‘hutang’ itu pun dibayar balik ikut jadual yang tetap.
Tujuan penerbitan bon adalah sama dengan penerbitan saham iaitu bertujuan untuk mendapatkan modal. Perbezaannya pemegang saham tidak mendapat apa-apa jaminan pendapatan. Manakala pemegang bon pula mendapat pendapatan tetap.
Pelabur unit trust fixed income kebiasaannya adalah individu risk profile dari sederhana ke rendah.
Kategori balanced pula merujuk kepada aset campuran antara ekuiti + fixed income.
Maksudnya, sebahagian modal berpeluang mendapat pulangan dari ekuiti dan sebahagian modal pula mendapat pulangan dari bon / sukuk.
Pelabur unit trust balanced kebiasaannya adalah individu yang mempunyai risk profile yang sederhana.
Kategori money market pula merujuk kepada pelaburan tunai yang dapat menjadi instrumen kewangan jangka masa pendek. Unit trust money market yang Shariah compliant membuat placement antaranya menerusi:
- Commodity murabahah (tawarruq)
- Mudarabah Investment Account
- Wakalah Investment
- al-Mudarabah Interbank Investment
- Government Investment Issue
- Cagamas Mudarabah Bonds
- Islamic Accepted Bills
Antara kelebihan money market fund ialah:
- Risiko yang sangat rendah
- Berpotensi memperoleh return lebih tinggi dari Fixed Deposit yang ditawarkan bank
- Pembayaran keuntungan secara bulanan
- Tax exempted (untuk syarikat)