Apa Itu Takaful?

Takaful ni macam usaha sediakan payung sebelum hujan. Janganlah tunggu hujan turun dan waktu itu lah baru sibuk nak cari payung.

Dalam bahasa lain takaful adalah insurans patuh Shariah. Dalam bahasa teknikal, takaful untuk menguruskan risiko. Risiko apa? Risiko duit simpanan dan aset pelaburan habis apabila musibah datang melanda.

Sediakan payung sebelum hujan

Dah hujan, nak keluar beli payung pun dah tak boleh. Jadi ini yang kita perlu tahu bila nak ambil takaful.

Apa yang kita nak payung? Duit, harta dan keluarga.

Kenapa nak payung? Kalau tak payung, maka duit & harta itu akan habis.

Kenapa habis? Habis buat bayar hutang lepas kita mati, waris tak ada apa yang ditinggalkan. Duit habis sebab buat bayar bil hospital. Habis sebab kena tampung perbelanjaan bulanan sebab tak boleh bekerja kerana sakit kritikal atau kemalangan.

Takaful Juga Macam Khairat Kematian

Konsep takaful yang mudah kita lihat ialah tabung khairat kematian masjid dan surau.

Dalam setahun, mungkin seorang dua sahaja ahli kariah masjid / surau kita yang meninggal dunia. Tapi semua kariah akan menyumbang setiap tahun. Jika dah menyumbang selama 30 tahun, tahun seterusnya baru kita meninggal dunia, maka itulah sekali kita ‘rasa’ manfaatnya.

Tabung khairat kematian membolehkan ahli kariah tak perlu keluarkan duit dari poket sendiri untuk menguruskan kematian. Sebab tak bayar khairat kematian itulah menyebabkan waris perlu pakai duit sendiri dulu nak kebumikan kita nanti.

Takaful Adalah Tabung Kebajikan Yang Tersusun

Ini kerana kita tidak beli takaful. Tetapi kita menyumbang ke dalam skim takaful.

Misalnya skim takaful A. Setiap bulan semua orang bayar RM 50. Ada 10 ribu peserta semuanya. Maka setiap bulan syarikat takaful peroleh sumbangan RM500 ribu.

Syahmi Aiman, salah seorang peserta takaful tersebut sakit. Kos pembedahan mencecah 50 ribu. Maka, disebabkan dia merupakan salah seorang peserta takaful, maka Syahmi Aiman pun layak peroleh manfaat tunai yang bantu bayar jika tidak semua, sebahagian dari kos pembedahan tersebut. Syahmi Aiman tak dah perlu buat donation drive. Sebab syarikat takaful dah sediakan.

Kalau Tak Ambil Takaful OK Tak?

Sekiranya rasa ok nak tengok duit simpanan susut, tabung pelaburan susut sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini, maka ok lah jika tak ambil.

Tepuk poket, tengok cukup tebal ke tidak.


Baca Nota Pakdi menerusi emel:

One thought on “Apa Itu Takaful?

Comments are closed.