8 Sebab Kenapa Melabur Saham

1. Jual Beli Dah Online

Zaman dulu-duu nak beli saham memang kena telefon remisier / dealer saham.

Kita beritahu remisier saham kita dan beritahu saham apa yang kita nak beli atau saham apa yang kita nak jual.

Tapi zaman sekarang ni dah sangat mudah, cuma perlu login dalam kita punya online trading platform untuk mula berjual beli. Asalkan ada sambungan internet.

2. Tak Perlu Fikir Lokasi Melabur

Bila Firdaus Shah tengok saham TENAGA (5347) di Kuala Lumpur, Lan Shah pun tengok saham TENAGA juga tapi di Johor Bahru pada waktu yang sama.

Maka, kedua-dua mereka ini tengok maklumat yang sama.

Tak ada beza saham TENAGA yang dibeli oleh pelabur di Kuala Lumpur, Johor Bahru mahupun Kota Kinabalu. Sebab semuanya berpusat di Bursa Malaysia.

3. Saham Global Pun Ada

Pelabur saham sekarang juga ada pilihan untuk melabur di saham-saham global macam Apple Inc, Amazon Inc, Microsoft Inc dan lain-lain. Tak semestinya beli saham yang tersenarai di Bursa Malaysia sahaja.

Dapat tanya syarikat broker masing-masing sama ada mereka dapat menawarkan cross broder trading. 

4. Saham Bukan Judi

Hukum melabur saham adalah harus.

Selagi mana kita melabur dalam syarikat-syarikat yang sahamnya berstatus Shariah compliant.

Alhamdulillah, kita di Malaysia sangat mudah nak tahu saham mana yang Shariah compliant, saham mana yang tidak Shariah compliant. Buka Islamic trading account, insyaAllah tak terbabas.

5. Pelabur Dilindungi Undang-Undang

Oleh kerana pelaburan saham merupakan pelaburan yang sah di sisi undang-undang, maka para pelabur dilindungi oleh kerajaan jika ada berlaku sebarang penipuan dalam pasaran.

Tapi kena fahamlah semua pelaburan berlesen ini tetap ada risiko untung rugi yang wajib diketahui semua pelabur. Kalau asyik rugi dalam saham maksudnya kena tambah ilmu.

6. Saham Ni Bukan Sekadar Kalis Inflasi

Dengan ilmu pengetahuan yang betul, saham ini bukan sekadar kalis inflasi malah dapat buat untung besar. Sekiranya kita dapat beli saham yang betul, harga dapat naik berlipat kali ganda.

Macam saham Ajinomoto ni. Dari sekitar harga 4-5 ringgit sesaham mencecah 20 ringgit sesaham.

7. Potensi Untung Tak Terhad

Andaikan kita beli saham dengan nilai 10 ribu ringgit. Maka potensi rugi paling banyak yang kita ambil ialah kita hilang semua 10 ribu tersebut. Rugi 100 peratus.

Namun potensi keuntungannya adalah tidak terhad. Sebagai contoh, harga saham 1 ringgit boleh naik jadi 2 ringgit, 3 ringgit, 4 ringgit, 5 ringgit. Jadi modal pelaburan kita dapat berkembang jadi sampai 5 kali ganda dari pelaburan asal (malah boleh lebih dari itu!)

Tengok balik carta saham Ajinomoto tu.

8. Mudah Nak Cari Maklumat Saham

Hari ini maklumat tentang saham adalah di hujung jari. Bursa Malaysia pun dah sediakan BursaMKTPLC, yang memberikan maklumat percuma. Dan banyak lagi yang lain. 

Sudah tentu Tutorial Saham adalah salah satu tempat untuk pelabur baru mula belajar saham secara online. Klik gambar untuk terus belajar saham:


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: