Alternatif Pelaburan Unit Trust

Unit trust consultant (UTC) dan financial planning representative (FPR) atau juga dikenali sebagai licensed financial planner adalah dua kerjaya yang berbeza. Keduanya adalah individu berlesen. UTC dikawal selia oleh FIMM. FPR pula Suruhanjaya Sekuriti.

Dari aspek pengurusan pelaburan yang dapat ditawarkan, UTC hanya dibenarkan untuk memasarkan pelaburan unit trust sahaja.

Manakala, FPR pula dapat memasarkan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan semua pelaburan dalam pasaran modal, antaranya:

  • Ekuiti
  • Bond / sukuk
  • Fund management
  • Derivatives
  • Structured products
  • Crowd funding / peer to peer financing (P2P)

Jumlah yang patuh Shariah pula ketika nota ini disediakan ialah:

Personally saya berpendapat, berbaloi engage FPR ni bila seseorang itu dah ada simpanan 6 angka. Atau macam saya selalu sebut, bila ASB dah penuh.

Sebabnya minimum investment capital yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Ekuiti / bond / sukuk: 50 ribu
  • Derivatives: 10 ribu
  • P2P: 30 ribu

3 instrumen ni aje perlukan 90 ribu sebagai initial capital. Itu baru initial capital, belum cerita recommended capital lagi.

Modal yang lebih besar membolehkan perancangan pelaburan dibuat dengan lebih komprehensif. Perancangan pelaburan ni bukan sekadar ‘saham / unit trust apa yang bagus‘.

Modal kecik tetap boleh melabur. Tiada masalah pun. Cuma tak berapa worth engage FPR, itu sahaja. Nak jumpa juga boleh, tapi janganlah berduka lara pula bila opsyen pelaburan yang dapat ditawarkan nanti hanya limited to unit trust.

Lebih baik terus jumpa UTC (unit trust), remisier (saham), futures broker (futures) secara berasingan.

Apa yang saya tulis ni adalah dari aspek investment management sahaja.

Manakala untuk financial / investment plan pula, tepuk dada tanya poket. Sanggup tak nak bayar fee. Macam saya tawarkan flat fee, regardless of your capital. Ada juga FPR yang dah buat pakej harga financial plan mereka.

UTC, from regulation point of view, tak boleh provide financial / investment plan selain unit trust.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: