Khidmat nasihat pelaburan Pakdi

Puan S merupakan seorang wanita yang mempunyai kerjaya sendiri. Selepas lebih 10 tahun bekerja beliau akhirnya dapat mempunyai duit simpanan 6 angka.

Walaupun begitu, Puan S tak berani untuk melaburkan sebahagian duit simpanannya kerana tidak mempunyai ilmu. Dan disebabkan kesibukan kerja, walaupun nanti dah belajar belum tentu dia dapat menguruskannya sendiri.

Bagi Puan S adalah lebih baik untuk dirinya fokus kepada kerja dan masa yang ada adalah untuk diluangkan bersama suami dan keluarga. Dan bukannya menghabiskan masa membuat analisa pelaburan. Bukannya Puan S tidak mahu melabur, dia sedar kepentingannya cuma tak mahu melakukannya sendiri.

Maka apabila Puan S datang berjumpa, saya pun menerangkan terlebih dahulu tentang apa yang saya dapat bantu. Maklumlah, ramai yang ingat saya ini ejen unit trust. Tak pun remisier saham.

Sebenarnya saya adalah perancang kewangan berlesen yang mana saya dapat beri nasihat pelaburan tanpa bias kepada apa-apa produk pelaburan. Apa yang saya buat? Bagi resipi pelaburan. Gula banyak mana. Garam berapa cubit. Tepung apa nak pakai. Ayam ke daging.

Alhamdulillah, selepas penerangan awal diberikan, Puan S setuju untuk masuk sesi Get Organized. Sesi ini merupakan sesi selama 2 jam yang bertujuan untuk membuat penilaian kewangan asas. Ini adalah untuk memastikan Puan S betul-betul gunakan lebihan duit sahaja untuk melabur dan bukannya melabur sebab nak duit lebih.

Oleh kerana Puan S tak berkemampuan nak urus sendiri, maka Puan S pilih saya yang “masakkan” dan bukan sekadar bagi “resipi pelaburan” supaya dapat habiskan lebih banyak masa dengan mereka yang tersayang.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: