Tentang

Suzardi Maulan, IFP
Latar Belakang: Saya merupakan licensed financial planner (with expanded scope). Kerja saya menjawab dua (2) persoalan utama iaitu:
Nak melabur di mana? Ada lebih dari 700 unit trust dan hampir 1,000 saham. Tak campur pelaburan yang lain. Saya terus beritahu labur di mana.
Berapa banyak perlu labur? Berdasarkan investment goal, saya kira berapa banyak yang perlu labur.
Dan saya juga menguruskan portfolio pelaburan klien.
Selain itu saya juga merupakan Bursa MKTPLC social media influencer dan sering dijemput untuk bercakap mengenai topik pelaburan secara patuh Shariah oleh pelbagai institusi pelaburan seperti Bursa Malaysia, Permodalan Nasional Berhad, Securities Industry Development Corporation dan lain-lain.
Pada tahun 2021, saya mengendalikan Webinar Shariah Investing 101 ini ditaja oleh pihak Bursa Malaysia-i. Sesi ini diadakan pada minggu ke-4 pada setiap bulan. Untuk menonton siri yang lepas, sila tonton secara video on demand melalui link ini – Shariah Investing 101 
Tentang Pakdi.net: Saya menulis di sini sebagai salah satu cara untuk berkongsi ilmu pengetahuan tentang kewangan dan pelaburan dalam Bahasa Melayu. Mudah-mudahan ramai penutur dalam Bahasa Melayu lebih menjadi pandai melabur.
Sekiranya tuan puan ingin memberikan maklum balas, sila berbuat demikian di sini.