Peribahasa Melayu ada menyebut, “Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.”
Habis sahaja belajar, majoriti dari anak muda di Malaysia pasti berhutang. Kerja tidak sampai 3 bulan, sudah tambah satu lagi jenis hutang dan selalunya hutang kereta. Apabila ingin berkahwin, maka bertambah lagi hutang pembiayaan / pinjaman peribadi untuk menampung kos mas kahwin, hantaran, kenduri kendara dan seterusnya.
Isu hutang pendidikan, sama ada hutang PTPTN, hutang MARA, hutang yayasan negeri adalah isu yang banyak diperkatakan sekarang. Ada gerakan anak muda seperti #occupydataran yang sanggup tidur di Dataran Merdeka malah debat PTPTN antara Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli disiarkan secara langsung di ASTRO Awani.
Itu di Malaysia.
Di Amerika, ada seorang pemegang MBA, Harvard Business School, Joe Mihalic yang berhutang sehingga $101k dan selepas dua tahun dia membayar hutang secara konsisten dia mendapati hutangnya masih berbaki $ 90,717. Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menghapuskan hutangnya dalam tempoh 10 bulan.
Ya, dia mengambil tindakan yang drastik, ekstrem dan mengkagumkan untuk menyelesaikan hutang pendidiakn sebanyak $ 90,717 dalam tempoh 7 bulan! Lebih cepat 3 bulan dari sasaran asalnya.
Bagaimana dia melakukannya?
Satu, Cara Kedekut Macam Haji Bakhil
Antaranya:
- Menggunakan semua simpanan.
- Tidak keluar dating & tengok wayang.
- Bawa bekal air keluar dengan kawan-kawan.
- Tidak balik kampung untuk sambut raya (Krismas daa).
- Tidak pergi parti bujang dan kenduri kahwin.
- Meningkatkan kemahiran Do-It-Yourself (DIY) dalam pelbagai kerja rumah.
- Tidak beli baju baru.
- Tidak beli gajet baru.
- Tidak simpan dalam KWSP versi Amerika (skim 401k)
- Lambat bayar cukai (ya, dia kena penalti)
Dua, Cara Menambah Pendapatan
Antaranya.
- Menyewa bilik lebih di rumahnya.
- Pedi-cabbing .
- Bisnes lanskap.
- Jual kereta kedua.
- Jual motorsikal miliknya.
- Jual basikal juga miliknya.
- Garaj sale.
Fuh. Berpeluh juga.
Dia melakukan strategi kombo iaitu:
Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai
Jika dia mampu melakukannya, kenapa kita tidak? Kalau nak kira dalam Ringgit Malaysia, dia menyelesaikan hutang lebih dari RM 270,000 dalam tempoh 7 bulan.
Ya, untuk berjaya mesti memilih jalan ekstrem, dalam hal ini sama ada menjadi sangat kedekut untuk ada duit bayar hutang atau jadi sangat hebat dalam bisnes sampai tak perlu jadi kedekut.
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. (Terima kasih Kak Kujie kongsi peribahasa yang menarik)
Ya, ia adalah pilihan kita. Jika kita mahu menyelesaikannya secepat mungkin kita pasti berjumpa jalan keluar.
InsyaAllah.
Mohd Azril
Assalamualaikum wbt.
Artikel yang sangat bagus. Mereka yang terlibat mesti baca.
amin007.ledang
bawa bekal air keluar dengan kawan-kawan???
kadang-kadang ada juga hehehe
noriz
uiskhh, byk nye hutang… tpi azam dan semangat dia mmg patut di puji… bukan calang2 leh settle cepat camtu kan..
sib baik sya belajar dulu mampu ditanggung ‘PaMa’ š
Freepercuma
Salam. Bina bisnes sendiri, insyaAllah boleh langsaikan hutang fast forward!
GuaZ
Budak2 negara kita nak buat perkara2 di atas?
90% impossible.
langkuik
msalahnya ialah majoriti para pelajar yg menerima ptptn adalah dri golongan berpendapatan rendah,mereka ini terpaksa berhutang utk melanjutkan pelajaran di IPT/IPTS.Belum dpt kerja dah kena pikir cara nk bayar hutang ptptn ini,apatah lgi bila dah mndapat kerja,bila masa mereka ini hendak membantu keluarga ? pinjaman ptptn ini pula bkn nya tanpa faedah,adakah kerjaan mahu berniaga dgn rakyat nya ?
amin007.ledang
kata orang kalau nak 1000 daya
kalau tak nak 1000 dalih.
mungkin cara terbaik kerja dahulu
dah ada duit baru belajar pakai duit sendiri.
tidak perlu nak pinjam lagi dengan ptptn
lagipun bukan ada jaminan boleh dapat kerja baik kan???
cikgu naman
satu perkataan sahaja
KAGUM
Abdul
memang agak ekstrem..nak seribu daya ..tak nak sejuta alasan.
Ahmad Tarmizi
satu formula yang amat baik tetapi memerlukan pengorbanan yang banyak.Memang kuat semangat dan hati kenal nak buat macam ni.
nizam
kagum dengan dia ni…saya tak sampai lagi tahap tu…
saya cuma amalkan berjimat dan berbelanja dengan berhemah.
Alhamdulillah masih dalam track yg betul.. š
Tapi macam guaz cakap, berapa persen je graduan sekarang macam tu? Hidup nak joli + tambah hutang je pandai.
Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah
[…] Secara prinsipnya tidak berbeza denganĀ pemegang MBA Harvard Business School yang menyelesaikan hutang pendidikan sebanyak $90,717 dalam tem…. […]
Noor Hayati Yasmin
Sangat ekstrem caranya tapi membuktikan betapa benarnya kata-kata:
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Shafiq
Jadilah umat yang amanah… jika dah janji dan setuju berhutang tu janganlah beralasan 1001 masam…
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, āTanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.ā
Mohon shere Pakdi, sebagai panduan untuk semua…
Shafiq
pembetulan…
1001 MACAM…
Eh tapi betul juga, jika yg tak mau byr htg tu boleh jd masam juga… rezeki jd tak berkat dan amalan tergantung dan tak terangkat….
Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah : SIFUBIZ.com
[…] Secara prinsipnya tidak berbeza denganĀ pemegang MBA Harvard Business School yang menyelesaikan hutang pendidikan sebanyak $90,717 dalam tem…. […]
sham
Sangat memberi inspirasi.. nak seribu daya..
Hanif Abdul Bahar
Memang kener jadi Haji Bakhil dan cari duit sampingan baru boleh selesai hutang…
nonoi
Salam, masyaallah subhanaallah. Kagum sgt. Sy ni da buntu mmikir hutang. Keta, rmh, pribadi, ptptn. Da ttunggak lg. Doalh unt sy mudah slesaikn htg lbh2 lg htg dg adkbdik.
Tip Selesaikan Hutang - Selesaikan Dahulu Hutang Tuhan | Nota Positif
[…] Saya menyalin semula artikelĀ Suzardi Maulan, seorangĀ perunding kewangan bisnes tentang $90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan: […]
Ini Adalah Satu-satunya Cara Untuk 'Turunkan' Harga Minyak 20 Sen
[…] Antara formulaĀ $90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 BulanĀ adalah, […]
Hajar Abdullah
Walaupun saya masih mahasiswa,
Alhamdulillah tiada hutang pinjaman.
Satu kelegaan.
Kurangkan perbelanjaan + tingkatkan pendapatan..
Terima kasih untuk tip ini.
Asyraf
KAGUM. Tapi masalah dengan graduan sekarang tak cukup semangat nak berjimat. Kami ini, tak nampak lagi kenapa perlu savings dan selesaikan hutang. Ada komen?
TQ.
Adie
Artikel yang bagus dan berguna.
Suhili Nain
Kalau mahu seribu daya! š
Suhimi Nain
memang betul2 ekstrem.
yg penting usaha!!
Rahsia Langsai Hutang Dengan Cepat & Ada Duit Setiap Bulan
[…] Bulan? Cabaran Satu Hari Satu Ringgit 3. Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah 4. $90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan 5. Cara Nak Selesaikan Hutang Tiap Helai Bulu 6.Ā Bagaimana Pemuda Ini Menyelesaikan RM 58,002.31 […]
Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah - Blog Pakdi
[…] Secara prinsipnya tidak berbeza denganĀ pemegang MBA Harvard Business School yang menyelesaikan hutang pendidikan sebanyak $90,717 dalam tem…. […]