7 Tips Orang Bujang Mencari Jodoh (Sekufu Harta)

A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man. – unknown

Bercinta itu sedap.
Macam coklat.
Tapi bila dah jumpa ulat.
Jangan terkulat-kulat.
Kita kahwin bukan sekadar jasad.
Macam lah kita sempurna sangat.

Andaikan kalian (yang masih bujang) sudah ada calon, barangkali kita dapat melihat perkara berikut. Pastikan kita melihat dengan akal fikiran, dan bukannya nafsu. Maklumlah orang bujang atau anak dara yang tengah bercinta.

1. Dia bagi duit tak dekat emak bapak dia sendiri?

Anak yang baik tak lupa ibu bapa.

Dia tahu ibu bapa tak semestinya mengharapkan balasan duit. Tapi itu adalah kewajipan. Yang penting bagi, kalau ibu bapa tak mahu terima itu cerita nombor dua.

Macam mana nak tahu? Tanya je lah si dia. Kata bercinta. Belah dada dengan kapak pun rileks aje kan. Bayangkan kita pergi rumah orang. Kita tanya arah kiblat. Kalau dia tak dapat jawab, faham-fahamlah.

2. Dia bayar zakat tak?

Tanya soalan pertama.

“B, zakat fitrah tahun ni berapa RM ye?”

Kalau nampak si dia, jenis ‘berduit’ tanya soalan seterusnya.

“Ling, nisab zakat simpanan berapa?”

Rakyat Malaysia selalu bayar zakat harta setiap hujung tahun (tujan cukai), atau buat potongan cukai berjadual (PCB) dan zakat fitrah mestilah waktu bulan puasa.

3. Dia pakai / nak pakai kereta apa?

Sangat sesuai kepada yang masih pelajar tetapi dah gatal bercinta.

“Awak awak… kalau kite nanti bila dah (tunjuk dua jari telunjuk rapat-rapat), ehmm [blush] kita pakai Kancil lama jewww boleh tak?”

Kalau si dia serius pasal wang, dia akan tangguh kepuasan beli kereta (baru) semasa 7 tahun pertama. Lepas kahwin yang penting bagi anak orang makan nasi, bukan tayar kereta.

READ  Apakah pelaburan terbaik?

4. Dia nak hantaran berapa?

Betul, hantaran selalu keluarga tentukan.

Tapi dia sendiri macam mana.

Kalau dia pun demand sebab ada kelulusan kertas tertentu. Watch out bro!

5. Dia sanggup duduk rumah sewa tak?

Memang semua orang nak ada rumah sendiri.

Tapi jika suasana belum mengizinkan (simpanan belum ada, rumah yang sesuai belum jumpa, harga hartanah tengah mahal), maka tangguhkanlah dulu hasrat beli rumah. Menyewa sahaja terlebih dahulu.

Kemudian rancang beli rumah sama-sama tanpa perlu menambah hutang lain seperti personal financing.

Tapi kalau si dia asyik push sahaja tanpa mahu membantu apa-apa. Itu bencana namanya.

6. Dia makan dekat kedai tepi jalan tak?

Kalau dia tak mahu makan sebab isu kebersihan dan dia sanggup masak untuk kita, ok.

Yang perlu diawasi sebab nak jaga standard.

7. Dia ada belajar melabur, urus wang tak?

Atau dia sedang sibuk melebur dan membazirkan wang.

Yang paling ditakuti adalah terlibat dengan aktiviti perjudian dan aktif dalam skim cepat lingkup.

Perkara ini kita dapat lihat sendiri.

Dia beli buku.
Dia hadir seminar.
Dia buat bisnes part time yang betul (bukan skim cepat lingkup punya tau).

Paling kurang dah baca ebook Rancang Wang Dari Sekarang.

Yang penting adalah, biar nampak pokai tapi dompet tebal. Bukannya, biar papa asal bergaya.

Saya sangat seronok apabila suami isteri datang bersama-sama dalam kelas-kelas pengurusan kewangan dan pelaburan yang saya kendalikan.

Apa Perlu Anda Buat?

Duit tidak mengubah peribadi seseorang.

Duit cuma mengeluarkan sifat seseorang itu dengan lebih cepat.

Kalau si dia memang suka membantu orang, sama ada dia tengah pokai atau dia tengah berduit, si dia tetap akan membantu orang. Waktu pokai cara pokai, waktu berduit cara berduit. Bukannya beri alasan, “Duit tengah takde ni.”

READ  Greed & Fear

Jadi, sekiranya anda dapat mengenalpasti sifat negatif kewangan si dia seawal mungkin maka,

a) Bagi lelaki: Anda berkewajipan mendidik si dia mengenai ilmu pengurusan kewangan yang betul.

b) Bagi wanita: Anda perlu belajar menjadi independent dari sekarang. Kalau suami elaun bulanan pun tak bagi, kita masih tetap dapat urus duit dengan baik dan melabur untuk diri sendiri dan anak-anak.

22 comments

  1. Acik fosilmitra

    Tumpang copy n paste pakdi.. 🙂

  2. titan

    hoho..terbaiklahhh..

  3. Juan

    7 tip cari jodoh terbaik yang pernah saya baca setakat ini. 🙂 Kebetulan saya juga berada dalam situasi di atas. Ohyehh..! 😉

  4. Farid Adam

    sangat bernas…7 ciri2 tambahan selain daripada 4 ciri2 yang Rasulullah S.A.W ajarkan kepada kita (agama, keturunan, kecantikan, berharta)

  5. huzaifi

    mohon share link d fb sy..:)

  6. AS

    mohon share di facebook

  7. pakdi

    Boleh share, dialukan.

  8. Fairuz Sulaiman

    Nice articles for orang bujang. Hahaha…

  9. pidot

    pergh terbaek laa bang artikel ni.. mohon share kat blog.. ada simpan hasrat nak main saham gak ni bang.. wat pendapatan sampingan.. tp tu laa kena kumpul modal dulu hehe

  10. Dwen Rasid

    Terbaik Post Ni.. Boleh Diamalkan Nanti.. .

  11. Hazlina

    Thanks PakDI,

  12. Nur Fadhli

    Buat bakal suami, walaupun bakal isteri anda berkemampuan, tanggungjawab asas seorang suami hendaklah didahulukan. Semaikan sikap yang suami mesti sediakan perkara asas guna wang sendiri terlebih dahulu (rumah, kenderaan, makan minum, wang belanja etc.) Ramai suami yang ambil kesempatan bila isteri membantu bayarkan sesetengah perkara, suami terus lepas tangan dan kurang usaha. Suami perlu sediakan kelengkapan sebaik mungkin tanpa libatkan wang isteri. InsyaAllah isteri yang murah hati akan sedia membantu. Wang isteri milik isteri sahaja, tapi wang suami milik bersama suami isteri.

  13. BRO ENSEM

    kalau dapat tahu lebih banyak keburukan dari segi kewangan, tingalkan je lah cepat cepat.

  14. Sabree Hussin

    Dah lepas dan ikut piawaian seperti yang dibincangkan dalam artikel ni hhe

  15. muhammad hapyzs bin md rahim

    Alhamdulillah dpt sedikit ilmu yg bermanfaat…

  16. M.K.Anwar

    Satu nasihat yang saya masih ingat dari seprang lawyer, “before you get married, get her to provide you her CCRIS report. And then you must judge her like a bank would judge your loan application”

  17. Hasimah Hashim

    Salam, bagus tips ni, tumpang share, nak paste n copy bagi pada anak2 remaja saya. Tqvm

  18. mohdridzwan

    Sangat bagus untuk panduan orang bujang.
    Yang dah kawin pun jangan seronok sangat.
    Hadam mana yang patut.

  19. 9 Step Mudah Untuk Graduan Muda Bijak Mengurus Wang

    […] 3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan. […]

  20. Alif

    Syukran atas info sangat bermanfaat 🙂

Comments are closed.