5 Perkara Yang Membolehkan Kerja Makan Gaji Dapat Jadi Jutawan

Bukan semua orang dapat perwarisan harta yang banyak. Tak semua berbakat berniaga. Tetapi semua orang dapat melabur.

Jadi mereka yang makan gaji pun dapat jadi jutawan. Jutawan senyap.

1. Belajar ilmu asas jadi kaya

Kuasa kompaun (compounding interest).

Manfaatkan. Cara paling cepat nak belajar adalah melalui kiraan Rule 72. Melalui Rule 72 kita dapat tahu secepat mana duit boleh jadi berganda.

72 ÷ rate of return = tempoh duit jadi double.

Contoh; dengan menggunakan rate of return seperti berikut:

  • 4% ; 72 ÷ 4 = 18 tahun
  • 6% ; 72 ÷ 6 = 12 tahun
  • 8% ; 72 ÷ 8 = 9 tahun
  • 10% ; 72 ÷ 10 = 7.2 tahun
  • 50% ; 72 ÷ 50 = 1.44 tahun

2. Kenal musuh kekayaan

Inflasi.

RM 10 ribu yang ada hari ini tidak sama dengan RM 10 ribu yang bakal diterima 1 tahun lagi.  Nilai duit itu pada tahun hadapan, dengan kadar inflasi 3 peratus maka kuasa membelinya cuma RM 9,708.

Simpan dalam bentuk wang tunai dalam akaun bank sekadar keperluan sahaja. Tetapi jangan banyak sangat. Selebihnya mesti dilaburkan ke tempat lain.

3. Pilih kenderaan kekayaan

Ekuiti adalah kenderaan kekayaan terbaik. Ekuiti bermaksud saham. Ada beberapa cara untuk melabur dalam ekuiti.

Sekiranya ada masa, labur secara terus di Bursa Malaysia. Sekiranya tidak ada masa, maka ini pilihan yang ada:

  • Mandat persendirian (private mandate) yang diuruskan asset management companies
  • Exchange Traded Fund (ETF) “unit trust” yang dijual di Bursa Malaysia
  • Unit trust jenis ekuiti yang diuruskan oleh unit trust management companies

4. Bagi masa duit bekerja

Pelaburan adalah ibarat tanam pokok durian. Lagi cepat kita bermula dan lagi lama kita tanam, lagi banyak buah yang diperoleh.

Contohnya pelaburan 10 ribu. Jika pulangan pelaburan ialah 6 peratus setahun maka ini hasilnya:

  • 5 tahun: 13,382
  • 25 tahun: 42,919

5. Buat hutang yang perlu aje

Buat hutang yang perlu sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti berhutang untuk beli rumah kediaman dan kereta. Selain dari itu elak dari berhutang.

Bila kita fokus untuk simpan dan melabur, maka nilai aset bersih (net worth) kita bertambah. Sekiranya kita mengumpul hutang, maka net worth kita lama-lama berkurangan.

RM 1 juta (harta) – RM 900 ribu (hutang) = RM 100 ribu (net worth)

Jadi jutawan bukan bermaksud ada 1 juta ringgit untuk dibelanjakan. Tapi mempunyai 1 juta ringgit yang bekerja keras untuk kita. Supaya akhirnya kita mempunyai pilihan untuk bersara dengan selesa kerana sudah ada pendapatan pasif.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: