5 Cara Membuat Pembelian Unit Trust

Ada 5 cara untuk membuat pelaburan unit trust.

Berikut adalah 5 cara tersebut serta kelebihan dan kekurangannya bagi setiap satunya.

1. Ejen / Unit Trust Consultant

Unit trust consultant merupakan wakil kepada syarikat unit trust. Jumlah mereka sangat mereka, lebih 60 ribu orang. Sebab itulah ini cara yang paling biasa bila nak labur unit trust.

Oleh kerana ejen pelaburan unit trust ini mewakili syarikat, maka sebagai pelabur sudah tentu kena cari ejen yang meletakkan kepentingan kita sebagai keutamaan utama. Bukannya ejen yang suruh kita beli unit trust A, tapi dia satu sen pun tak labur di situ.

2. Bank

Kita juga dapat membeli unit trust melalui bank. Kebiasaannya sebab bank tu ada sister company / subsidiary yang menjual unit trust.

3. Asset Management Company

Sekiranya tak pernah dengar pasal asset management company, mungkin kita tak cukup affluent untuk buka akaun dengan mereka. Asset management company, selain menguruskan pelaburan saham, mereka juga dapat menguruskan portfolio pelaburan unit trust untuk klien mereka.

4. Licensed Financial Planner

Perancang kewangan berlesen tak sama dengan ejen unit trust. Ini kerana perancang kewangan berlesen mewakili klien untuk mencari pelaburan yang sesuai dengan keperluan klien mereka.

Ejen unit trust berdaftar dengan syarikat unit trust. Perancang kewangan berlesen pula dengan mana-mana syarikat perancangan kewangan. Dua jenis entiti yang berbeza.

Melalui licensed financial planner, pelabur dapat memilih untuk membuka wrap account yang mana pilihan unit trust yang ada tidak terhad kepada satu syarikat sahaja, dan zero sales charge* untuk kebanyakan unit trust yang ditawarkan.

*Kena jumpa licensed financial planner untuk tahu dengan lebih lanjut tentang wrap account dan fee lain yang ada.

5. Online

Setakat nota ini disediakan pelabur dalam memilih fundsupermart dan eunittrust.com.my

Malah dikhabarkan pada suku tahunan terakhir 2019, pencarum KWSP juga dapat membuat pelaburan ke dalam unit trust melalui skim pelaburan ahli secara online.

Kelebihan utama online sudah pasti caj yang sangat rendah. Kekurangannya, sejauh mana pelabur tahu nak menguruskan pelaburan sendiri?


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: