2 Cara Melabur Saham – DIY atau Guna Khidmat Fund Manager

Beli saham syarikat awam ni bukan macam beli beras, gula dan garam. Boleh beli dekat kedai runcit. Beli macam tu aje. Tak. Ada prosesnya. Caranya bermula dengan membuka akaun pelaburan saham.

Kita boleh urus pelaburan saham sendiri atau lantik seorang private fund manager berlesen untuk melaburkan saham untuk kita. #BukanUnitTrust

#1 Labur Saham Sendiri

Cara pertama adalah dengan membuka akaun dagangan dan akaun CDS melalui mana-mana syarikat broker yang berlesen. Syarikat broker ni selalunya nama dia macam ni – Pakdi Securities Sdn Bhd atau boleh jadi melalui Pakdi Investment Bank. (Ini contoh)

Kelebihan utama cara ini ialah kita dapat jimatkan kos yang berkaitan trading cost sebab tak perlu bayar tambahan advisory / management fee. Semua benda urus sendiri kan.

Kekurangannya, semuanya bergantung kepada ilmu dan kemahiran pelaburan kita. Jika kita hebat macam Warren Buffett maka return pun macam Warren Buffett dan sebaliknya.

Tapi kan bila fikir balik, masuk kelas pun ada kos juga. Lepas pergi kelas bukannya terus pandai. Duit dah habis pergi satu kelas ke kelas yang lain lepas habis dah modal. Ho ho ho.

Siapa yang sesuai?

Individu yang nak jadi do-it-yourself (DIY) investor. Dan sanggup buat perkara-perkara berikut:

  1. Kajian saham sendiri
  2. Design portfolio saham sendiri
  3. Buat pembelian sendiri
  4. Monitor portfolio pelaburan.

Kemudian, boleh komited untuk ulang balik proses 1-4 dari masa ke masa.

#2 Hire Fund Manager

Cara kedua adalah dengan buka akaun mandat persendirian.

Private mandate. Ada juga yang sebut managed account. Akaun ini dibuka melalui asset management company.

Akaun mandat persendirian dijaga oleh fund manager berlesen. Melalui servis ini, fund manager yang melakukan 4 kerja itu tadi – research, design, execution dan monitoring untuk portfolio pelaburan kita.

Nice.

Sudah tentu datang dengan kos sendiri. Kita pakai ilmu, masa dan kemahiran orang lain. Tidak ada free lunch dalam dunia ni.

Siapa yang sesuai?

  • Individu yang tak dapat urus pelaburan sendiri
  • Ada modal pelaburan 6 angka.

Pada masa yang sama, perlu tahu juga sedikit sebanyak pasal pelaburan. Perkara-perkara asas. Tetapi tidak lah terlalu terperinci macam seorang DIY investor.

Kena tambah ilmu sedikit demi sedikit pasal compounding interest, asset allocation, faktor risiko dan strategi asas yang digunakan. Tak boleh main letak duit sahaja kemudian tanya untung untung untung sahaja dan tak boleh langsung tengok rugi.

Saham Tak Ada Jaminan Untung

Bila dah sebut pelaburan, baik buka akaun CDS atau akaun mandat persendirian, maka kena sentiasa faham konsep high risk, high return. Low risk, low return.

Jika nak dapat untung lebih tinggi, maka kena ambil risiko lebih tinggi.

Tak boleh demand nak dapat return yang lebih tinggi dari ASB misalnya tapi risiko satu sen pun tak mahu ambik. Sebab tu ramai kena scam sebab tak faham konsep asas pelaburan ini.

Mandat persendirian juga berbeza dengan produk / servis pelaburan lain seperti:

  • Unit trust.
  • Exchange traded fund.
  • Robo advisor.

Setiap yang disebutkan ini ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Maka, sila dapatkan khidmat perancang kewangan berlesen untuk mendapatkan nasihat bebas dan tidak bias serta perbandingan produk / servis pelaburan yang ditawarkan di Malaysia.

 
——-
Webinar Saham PERCUMA
Klik & daftar di sini – pakdi.net/saham101

——-
Webinar Labur Saham secara FA
Klik & beli tiket di sini – pakdi.net/go

——-
Belajar FCPO
Klik & beli di sini – ebook Berani Tade