12 Lagi Idea Jimat Cermat Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan

Duit keluar lebih dari duit masuk.

Namanya cashflow negatif.

Maka situasi yang sebegitu mesti diatasi segera. Cashflow negatif ini ibarat paip bocor. Kalau tidak dibaiki, maka bocor itu makin besar.

Berikut adalah 12 lagi idea jimat cermat tambahan yang dapat kita buat:

1. Guna pengangkutan awam

Kalau duduk di Kuala Lumpur khususnya, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor.

Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan kos lain seperti parking, minyak dan tol.

2. Bawa bekal makanan

Masak yang simple sahaja.

Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup.

Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi.

3. Berhenti merokok.

Kaedah paling berkesan.

Kesihatan pun terjaga.

Kalau sehari RM 10 habis untuk rokok, berapa habis untuk sebulan? Berapa habis dalam setahun? Pernah kira ?

4. Berjimat jika makan di luar

Air sirap ais sekarang pun dah mahal.

RM1.30 segelas bila letak ais. Baik minum sahaja air kosong. Terbaik, kombinasi cara #2.

5. Rancang perbelanjaan di pasar raya

Tulis sebelum belanja.

Sediakan terlebih dahulu senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasar raya dan bawa wang secukupnya sahaja.

6. Semak keperluan ASTRO

Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro.

Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh!

Atau dari ratusan saluran yang kita langgan, saluran mana yang paling kita suka tonton. Sudah lah mahal, hujan tiada siaran. Unifi TV ?

7. Selamat tinggal surat khabar

Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet.

Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada.

Percuma.

READ  Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!

8.  Elak ke pawagam

Tonton wayang?

Tak payahlah. Beli tiket kemudian beli air dan pop corn lagi. Haish.

Cari sahaja di internet, percuma. Youtube pun dah banyak benda menarik.

9. Bundle pun ok

Selagi mana sempurna dapat tutup aurat.

Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”.

10. Langganan Kelab

Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada.

Betul kah kita manfaatkannya?

11. Basuh sendiri kereta.

Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat.

Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. Hi hi hi.

12. Banding! Banding! Banding!

Window shopping dulu.

Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut.

16 comments

  1. yusof

    saya paling suka no 2. itu yg kami kerap lakukan. In the end, each dollar/RM count guys!

  2. ABDJabbar

    Jimat! Kreatif! Usaha!

  3. rohaniah noor

    saya sangat setuju dengan bil astro. tutup sahaja.. tak payah fikir banyak.
    merokok pula ibarat membakar duit.
    cuma, basuh kereta sendiri susah nak dilakukan jika duduk di apartment / kondo.

  4. Altisan

    Sngt bagus, sya suka yng no.11, Air free apa mau susah. kalo buat sendiri lgi
    bersih dan memuaskan… dan dpt exercise percuma…pecah peluh… fuhhhh.

  5. Adam

    – Selongkar setor & jual barang-barang lama yang dah tak digunakan sebagai barang terpakai. Dengan syarat, barangnya masih boleh digunakan. Boleh guna mudah.my atau Car Boot Sale. (Buat kaum hawa, jual kasut dan baju lama..jangan maraa…haha).

  6. uswan85

    salam…
    dulu saya pengguna postpaid, skrg sy pgguna prepaid…
    dulu guna astro brbyr, skrg guna astro njoi….
    dulu guna streamyx rm60, skrg cume byr rm38 (bundle)…
    dulu kena bayar cukai pndptn , skrg cume byr zakat je….

  7. Aman

    Salam Tuan Pakdi,

    Apsal artikel baru dah takleh komen…?

    Ker saya punya pc ajer problem….?

    Ker Pakdi dah merajuk dengar komen-komen yg “membina” nie…?

    Ker…..?
    Ker…..?
    Ker…?
    (sila isi tempat kosong…..)

  8. hanisah

    Alhamdullilah perkongsian yg sgt2 manafaat utk saya yg sdg mrancang kewangan keluarga agar tiada pmbaziran dlm pembelanjaan

  9. maarz

    saya suka bab bundle pun ok.memang ok bundle ni.kena pandai pilih & pandai cari.baju melayu,stokin & seluar kecik saya je rasanya saya beli baru.lain2 semua bundle

  10. riey

    -Biasanya saya beli seluar baru sebelum raya, pakai untuk raya dan seterusnya pakai untuk kursus/majlis/kenduri sahaja supaya lambat lusuh – untuk hari2 biasa pakai seluar yg biasa/lama sahaja.

    -Saya guna prepaid celcom, topup senang pakai internet banking, pelan data saya RM 5 untuk 50 MB – kalau jimat boleh tahan berminggu-minggu dengan syarat dalam setting WhatsApp – text sahaja. (kena topup pelan data sebelum habis sebab kalau terlajak, mereka hantar sms kata anda sudah terlebih guna dan dicaj RM10) .

  11. titan

    haha..

    setuju sangat tu.

    beli benda yang perlu aje.

  12. Mamahusna

    sangat setuju dengan Pakdi..
    saya skrg dalam proses nak tukar astro ke njoi…
    nak langgan unifi tv, unifi pula tak available di tempat saya

  13. afdhal

    untuk astro.. terminate jer. pakai astro Njoi jer. untuk movie tengok online @ download jer. 🙂

  14. zaki

    Saya gi mgjar bwk basikal.urusan dibandar pun bwk basikal.bila bsiar2 dgn kluarga je bwk kereta.

  15. lyk

    saya pula henti beli window cleaner dan floor cleaner , saya pakai saja dish wash untuk kebanyakan pembersihan dalam rumah sperti untuk tandas pun saya guna saja dish wash. cif dan zif pun henti beli. sayur sayur dan daging dibeli mesti habis dipakai sebelum pergi market beli lagi. yang paling penting mesti henti guna credit card, automatik stop beli terlalu banyak.

Comments are closed.