Lagi banyak yang kita nak untung, lagi banyak risiko yang kita kena ambil. Secara umumnya macam tu. Jadi, bila ada pihak yang promosi pelaburan yang tak ada risiko, maka mesti ada yang tak kena.
1 tahun #MalaysiaBaharu menyaksikan indeks Bursa Malaysia KLCI jatuh dalam 12%. Maksudnya, setiap 100 ringgit yang dilaburkan dalam indeks KLCI maka sekarang nilai atas kertas susut jadi 88 ringgit sahaja.
Tempoh 1 tahun ini jangka masa pendek. Ya, tempoh setahun masih short term. Bukan lama pun 1 tahun ni. Pejam celik dan habis setahun. Melaburlah untuk tempoh 10 tahun.
Dan siapa yang melabur dalam indeks KLCI sejak 10 tahun yang lalu, untung terkompaun tahunan yang diperoleh ialah 7%. Bererti, setiap 100 ringgit yang dilaburkan dalam indeks KLCI maka sekarang nilai atas kertas sudah naik hampir 200 ringgit. Jika 10 ribu dah jadi 20 ribu. Jika 100 ribu dah jadi 200 ribu.
Pasaran saham untuk jangka masa pendek memang macam orang gila. Kejap naik, kejap turun. Jangan percaya sangat kepada headline akhbar yang menyatakan sebab turun naik saham tu. Baca boleh percaya jangan.
Bayangkan ada orang gila berniaga telur. Hari ni nak jual harga 50 sen sebiji. Esok 70 sen. Lusa 30 sen. Ikut suka hati dia nak letak harga.
Kita sebagai pelabur kena jadi rasional. Buat penilaian dan membelinya pada harga wajar. Jika dapat beli pada harga diskaun, lebih bagus.
Biarkan pasaran tu. Memang sifat dia macam gitu. Tak perlu cari sebab. Tapi ambil kesempatan dari dia. Datang gila dia nak jual telur 25 sen sebiji, boronglah. Bukannya cut-loss.
Pelabur buat cut loss bila tengok telur tu dah rosak. Dah jadi telur tembelang. Atau bila pasaran tu jadi gila dan sanggup nak beli telur 50 sen pada harga 5 ringgit, sebiji.
Pasaran saham untuk jangka masa panjang adalah lebih tenang. Bukan sahaja kalis inflasi tetapi duit juga dapat jadi berganda. Malangnya, ramai orang tidak ada kesabaran untuk melabur untuk jangka masa panjang.
Inilah yang disebutkan oleh Charlie Munger, bisnes partner Warren Buffett baru-baru ini:
People come out of the womb with the delayed gratification skill – we can’t teach it.
Dalam bahasa Jawa, maksudnya, bukan semua orang dilahirkan ada kesabaran yang tinggi. Kalau billionaire yang dah lebih 70 tahun pengalaman pelaburan pun cakap macam tu, maksudnya delayed gratification ni bukan sesuatu yang boleh diajar. Not a teachable skill. Ia adalah sesuatu yang natural dalam diri seseorang. Sama ada kita dapat bersabar, atau tidak.
Maka sebab itulah kena bermula melabur dari sekarang dengan modal yang sikit. Sekiranya modal bawah 10 ribu, rugi 1 ribu kita dah mula berpeluh, marah-marah dan tak boleh terima, maka berhentilah melabur saham.
Tak ada masa nak melabur saham, saya dapat bantu. Tapi bila tak boleh tengok rugi itu saya tak dapat nak bantu. Biasalah rugi dalam pelaburan untuk jangka masa pendek ni.
Jika tak bermula dari sekarang dengan modal yang rendah, sampai bila-bila pun kita takkan tahu pelaburan saham ni sesuai atau tidak dengan kita. Dah cuba, boleh bertahan dan kemudian tak ada masa nak urus sendiri, boleh book sesi perbincangan dengan saya.