Tentang Zakat Fitrah

Dalam al-Quran, zakat selalu digandingkan dengan solat.

Bersolat tetapi tidak berzakat.

Sama sahaja dengan berzakat tapi tidak bersolat.

Dan hanya orang kaya sahaja yang bayar zakat. Orang faqir, miskin dan 6 asnaf lain layak menerima zakat. Justeru, ini jelas menunjukkan mencari kekayaan merupakan sesuatu yang begitu dituntut dalam Islam.

Zakat Ada Dua Jenis

Zakat terbahagi kepada dua:

1. Zakat fitrah
2. Zakat harta

Nota ini khusus mengenai zakat fitrah sahaja dan bukan mengenai zakat harta.

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri wajib ke atas semua umat Islam yang memenuhi salah satu dari syarat berikut:

  1. Ada lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya Eidul Fitri.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kita yang memenuhi syarat di atas wajib bayar zakat fitrah.

Namun, ketua keluarga (bapa, suami, penjaga) dapat membayarkan zakat fitrah bagi isteri, anak-anak dan tanggungan. Jadi, kalau bapa kita dah bayarkan untuk kita, tak perlu lah bayar zakat fitrah sekali lagi.

Ya, dan kalau suami kedekut sangat, kita kena lah bayar zakat sendiri. Ho ho ho.

Pakwe? Tunang? Lu pikirlah sendiri.

Berapa Nak Bayar?

Hukum asalnya ia dibayar berdasarkan makanan asasi.

Di Malaysia, beras. Namun ada ulama menetapkan matawang juga dapat digunakan sebagai ganti kepada beras mengikut nilainya iaitu bersamaan 2.7 kg. Maka, setiap tahun Majlis-Majlis Agama Islam Negeri menetapkan kadar zakat fitrah.

Berikut adalah kadar zakat fitrah yang diperoleh dari Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) bagi tahun 1438H / 2017 M.

Di Mana Nak Bayar ?

Kita boleh bayar di mana-mana kaunter pusat zakat.

Atau ejen-ejen yang dilantik seperti menerusi perbankan online, kaunter bank, kad kredit, sms dan pejabat pos.

Senang sangat dah. Kadang-kadang tengah shopping raya pun dapat nampak kaunter zakat terselit.

Bila Patut Bayar?

  • Waktu yang paling bagus adalah sebelum solat sunat hari raya Eidul Fitri.
  • Waktu wajib pula selepas terbenam mahari akhir 29 / 30 Ramadhan sehingga terbit matahari pada pagi hari raya.
  • Waktu sunat pula adalah sepanjang bulan Ramadhan.
  • Makruh kalau bayar selepas solat sunat hari raya sampai terbenam matahari 1 Syawal.
  • Berdosa kalau tak bayar selepas 1 Syawal tetapi masih wajib membayar zakat fitrah. Lagi bertangguh, lagi banyak lah kumpul dosa. Bayar tetap bayar.

Sebenarnya bersalam, lafaz niat secara kuat dan berdoa tu tak wajib. Yang penting cukup syarat, niat maka bayaran zakat dapat dibuat menerusi perbankan internet yang tertentu.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: