Tentang Pelaburan Emas

(1) Harga emas pasti turun naik. Sebab emas ialah komoditi. Jadi bila harga emas jatuh, maka itu perkara biasa.

Apa yang luar biasa adalah apabila tuan berharap harga emas sentiasa naik dan tidak akan turun-turun. Maka, apabila mahu terlibat membeli komoditi, jangan berperangai dengan perangai tidak normal seperti itu. Harga emas di Malaysia pula ada kaitan langsung dengan pasaran matawang RM / USD. Harga emas dunia turun, boleh jadi harga emas tempatan naik.

Apabila harga emas dunia jatuh, tiada siapa dapat tahu adakah harga emas akan terus jatuh atau akan naik semula. Itu kerja nujum Pak Belalang. Apakah yang menyebabkan tuan risau dengan kejatuhan harga emas jika yakin dengan analisis yang telah dibua?

Oleh sebab itu ramai tercari-cari cara paling power nak buat untung dengan emas. Cara buat duit dengan emas. Teknik buat untung emas dengan ar-Rahnu. Sedangkan jawapannya sudah ada iaitu buy low, sell high.

(2) Emas tidak mempunyai aliran tunai. Jadi 100g yang kita beli, maka 100g itulah yang kita dapat. Maksudnya, bila beli emas janganlah berharap mendapat dividen atau hibah 5g bagi setiap 100g emas yang ada.

Jadi apa yang berlaku, lepas emas tu keluar dari peti besi penjual, emas 100g tu masuk pula dalam peti besi pembeli. Itu sahaja. Bukan boleh buat apa pun. Lepas belek-belek, cium-cium dan usap-usap, kita simpan semula. 10 tahun simpan, macam tu sahajalah.

Bila emas tidak mempunyai alliran tunai, maka kita tidak dapat kira intrinsic value emas. Ini kerana intrinsic value bermaksud discounted value of all its future dividends.

Jadi bila orang kata emas dah murah, lazimnya bermaksud kalau hari itu harga 200/g hari ini dijual pada harga 190/g. Bila orang kata emas dah mahal, lazimnya bermaksud dulu harga 100/g hari ini harga dah 200/g. Itu sahaja. Bukan disebabkan lagi murah dari intrinsic value.

(3) Emas merupakan barang ribawi. Justeru, perlu berhati-hati semasa membuat pembelian emas khususnya melibatkan pembelian secara online. Pastikan, syarikat yang menjual emas secara online mempunyai panel penasihat Shariah. Sekiranya tidak berhati-hati, maka jual beli emas kita jatuh dalam transaksi riba al-fadhl.

Riba al-fadhl dapat berlaku jika berlaku pertukaran dua barang ribawi. Matawang seperti Ringgit Malaysia, US Dollar dan matawang lainnya adalah barang ribawi. Emas juga adalah barang ribawi. Maka, bila jual beli emas yang dibuat bukan dalam transaksi tunai, maka berlakulah riba al-fadhl.

Dalil tentang riba dalam jual beli barang ribawi ini disebut dalam hadith berikut:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.

Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad

(4) Emas boleh menjadi pelaburan yang cair (liquid) atau tidak cair (illiquid). Bergantung kepada bagaimana sesuatu pembelian emas itu dibuat.

Pada zaman sekarang, pelaburan emas menerusi mana-mana platform mempunyai kemudahan jual balik dapat kita kategorikan sebagai pelaburan emas yang cair. Manakala, pelaburan emas khususnya yang bersifat fizikal yang mana pembelian balik tidak dijamin oleh mana-mana pula adalah pelaburan yang tidak cair.

Pelaburan emas yang tidak cair ini menyebabkan bila pelabur mahu menjual emas fizikal itu semula maka wujud spread yang besar.

Selain itu juga, bila kita membeli emas fizikal dalam jumlah yang besar, maka sudah tentu kita mempunyai kos simpanan sebab perlu menyewa peti besi. Beli 1 gram masih berani simpan di rumah sendiri, tetapi bila sudah jadi berpuluh, ratus malah lebih 1 kilogram emas sudah tentu kena fikir berkali-kali nak simpan di rumah sahaja.

Maka tuan puan dapat manfaatkan cara-cara berikut untuk membuat pelaburan emas yang lebih efisyen, iaitu (1) buka akaun pelaburan emas yang patuh Shariah (2) membeli ETF emas (3) membeli emas dari online platform yang patuh Shariah.

Saya menggunakan aplikasi HelloGold untuk membeli emas secara online dan yang paling penting, patuh Shariah.

Tuan puan dapat memuat turun aplikasi HelloGold menerusi Google Play atau App Store. Kemudian masukkan promo code SUZAC8DN

atau terus klik sini – muat turun Hello Gold

Selepas memasukkan promo code yang dinyatakan ini tuan puan dapat rebat sebanyak RM5 bagi pembelian emas bernilai RM50.

Download the HelloGold app. Make a purchase of RM50 worth of gold and get RM5 rebate instantly!


Baca Nota Pakdi menerusi emel: